Hanya dengan satu mesej Whatsapps, semudah itu Helmy Redza mengucapkan kata perpisahan. Walau pedih, Syikin harus sedar diri. Helmy yang sekarang bukan lagi seperti Helmy yang dulu. Helmy sekarang seorang bintang. Dia pula, masih lagi gadis biasa yang rupa tak seberapa, bakat pula tiada.
Namun disebabkan satu insiden buat Syikin yang bukan siapa-siapa, menjadi perhatian netizen Malaysia. Video viral yang tersebar telah mengubah hidup Asyikin Badarudin. Sekelip mata dia yang hanya gadis biasa, kini menjadi seorang Instafamous.
Berbeza dengan nasib Khalil Fairuz, disebabkan video viral tersebut, sekali lagi dia terpalit dengan kontroversi. Dengan bantuan Moon, penerbit Menggelegak yang gilakan ratings, dia bertemu kembali dengan BBNU yang perasan sudah menjadi sweatheart netizen Malaysia. Misinya cuma satu, pertemuan itu hanyalah untuk membersihkan namanya sahaja.
Siapa sangka pertemuan demi pertemuan membuatkan keduanya terikat antara satu sama lain. Hanya kerana mahu membalas sakit yang ditinggalkan oleh Syeila, Khalil tidak kisah kalau dia terpaksa berkahwin dengan Cik Insta-Perasan-Famous itu. Pada Syikin, rugilah kalau dia reject lelaki bermutu tinggi seperti Khalil Fairuz sebagai suami. Boleh tayang depan Helmy. Akhirnya mereka disatukan dengan restu dua keluarga.
Mampukah Syikin menjadi isteri yang baik jika Khalil sebagai suami sengaja meletakkan sempadan antara mereka. Apa pula yang terjadi bila Syeila Syakila yang tak mampu nak tembus dinding istana datang kembali menagih cinta Khalil? Dah kenapa pulak Dr. Raddhiff bakal suami tak jadi Syikin muncul secara tiba-tiba?
Hati ini Allah yang pegang. Bila-bila masa sahaja benci boleh bertukar sayang.
As Claire aims to leave her oppressive stepfamily behind, she befriends Zion. Will he be her ticket to freedom or a distraction in achieving her dreams?
*****
Claire Olsen has had a crush on Zion Petrakis since the first time she laid eyes on him, but he never noticed, instead only having eyes on the school's it girl, Maddie Jennings. Knowing she couldn't compete with Maddie, Claire hid her feelings for Zion, satisfied with admiring him from afar. However, when a series of events led Claire closer to Zion, her feelings for him grew from infatuation to love. And despite fighting hard to keep her feelings contained by distancing herself from Zion, he was determined to show her that he's earned a spot in her life.
[[word count: 100,000-150,000 words]]