PUTERA YANG TERSINGKIR [C]
23 parts Ongoing ﷽
- SYUHADAH 8th story
"Kenapa Ayyan dilahirkan cacat, ibu? Allah tak sayangkan Ayyan ke?"
Soalan itulah yang bermain dibibir Ayyan setiap kali Zafirah, ibu susuannya, memasuki bilik suram itu.
Tengku Muhammad Ayyan Uwais.
Gelarannya sebagai putera mahkota dilucutkan serta-merta sejak lahir kerana kecacatan yang dialami. Malahan, kehadirannya dalam keluarga diraja itu tidak diterima dan dia disisihkan oleh mereka.
Dia turut dikurung di dalam bilik yang terpencil jauh di hujung istana.
Ayyan tidak pernah melihat wajah adik-adiknya yang lain. Bahkan ayahanda dan bondanya turut jijik melihat wajahnya.
Mujurlah ada dayang istana yang mahu menjadi ibu susuan Ayyan sekali gus menceriakan anak malang itu setiap hari.
"Tahan sikit ya, sayang. Kejap lagi ibu minta ayah bawakan ubat."
"D-Dalam mimpi itu, A-Ayyan dapat b-berjalan, lari-lari! Ayyan tak s-sakit..."
"Semoga kita bertemu di syurga."
Terimalah, PUTERA YANG TERSINGKIR.
START: 12 JULAI 2024
END: 22 SEPTEMBER 2024