13 parts Complete Mengisahkan tentang Aiman yang baharu sahaja menamatkan pengajian di universiti. Malangnya, dia sudah lupa daratan. Dia menghalau ibu dan adiknya Fatihah daripada melawatnya di rumah sewa. Kematian Pak Ismail ayah kepada Aiman akibat dibunuh oleh samseng menimbulkan tanda tanya. Fatihah amat sayang akan ayahnya, dia anggap ibunya punca ayahnya dibunuh. Sejak hari itu, Fatihah menjadi liar dan tidak mendengar kata seperti abangnya. Dia berkawan dengan seorang lelaki bernama Shazril. Malang nasibnya, Shazril telah merogolnya.
"Tihah, tolong maafkan saya." - Shazril
"Kau pergi dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Fatihah
Hati Fatihah hancur bila mendapati Shazril ingin kembali kepadanya. Bila dia sudah melahirkan anak 4 bulan, barulah lelaki itu terhegeh-hegeh. Kehadiran seorang wanita lagi menghangatkan hubungan Shazril dan Fatihah.