15 parts Ongoing Amina dengan tidak sengaja telah menyelamatkan adik kepada seorang jutawan muda, Tengku Gibran Tajuddin ketika dalam perjalanan pulang dari kerja dan sekarang, keselamatannya juga terancam kerana sifat terlebih beraninya itu. Gibran memberi jalan penyelesaian kepada Amina dan ia adalah...
Berkahwin dengan lelaki itu?!
"Erm... ha! Saya boleh tumpang Yusra! Yusra tu kawan saya dan dia kerja dekat syarikat ni jugak." - AMINA
"Amina, my first point. Tak ada beza pun kalau awak naik kereta sendiri atau tumpang kawan. At the end of the day, her car and your car will end up at the same house."- GIBRAN
"Macam mana kalau saya call awak setiap hari untuk update keadaan saya?"- AMINA
"Amina, orang jahat nak buat kerja tak tunggu awak update keadaan awak. Entah-entah, waktu awak tidur nanti dia panjat tingkap bilik awak. Masa tu, telefon pun tak ada guna dah." - GIBRAN
Dalam separuh terpaksa, mereka bersatu dan bermulalah hidup Amina yang senantiasa dilindungi oleh Gibran.
Masa mereka bersama bertambah setiap hari dan perasaan cinta mula berputik, namun Gibran mempunyai rahsia yang disimpan olehnya begitu dalam di belakang mindanya. Tidak mungkin dia memberitahu Amina semua tentangnya kerana dia tahu, wanita itu akan lari meninggalkannya sebaik sahaja kisah itu keluar dari bibirnya.
Apabila semuanya hampir berakhir, mereka berbelah bahagi. Teruskan atau putus di tengah jalan?
Amina cintakan lelaki itu, namun bolehkah dia terima Gibran seadanya?
⚠️ (SLOW UPDATE) ⚠️
⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️
Kisah ini adalah karya fiksyen dengan sedikit taburan dari realiti hidup. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Jika ada, hanya kebetulan semata-mata.
Selamat membaca! 🤗