NerissaXLeftenanUstazUzairYusuf
Seumur hidup, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil 'ustaz'. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah!
Nerissa punya suka, bukan calang-calang punya suka. Dia punya suka sampai buat hidup pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya. Tapi, Nerissa peduli apa? Yang dia tahu, ustaz handsome itu harus menjadi miliknya.
"Nerissa, tak elok kalau..." - LEFTENAN UZAIR YUSUF.
"Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok," - NERISSA.
Katalah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Kalau timba tak sudi mengejarnya, apa salahnya kalau dia yang perigi mengejar si timba? Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak!
Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair. Mahu dibandingkan dia dengan Tia, tentulah Tia lebih layak untuk lelaki sebaik Uzair.
Dan sehingga pada akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya.
"Don't you want to fight for your love?" - NASEEM.
Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa... signing off!
" Villain created by pain. "
Nova Leora
Bekerja sebagai pakar psikiatri. Dengan hasil kejayaannya, dia dinobatkan sebagai pakar psikiatri berjaya. Tugas terbaharunya pula, merawat kesihatan mental Tuan Muda Asher Gabriel kembali normal
Tuan Muda Asher Gabriel
Lelaki kejam tidak berperasaan. Sebelum Leora, ramai sahaja pakar psikiatri yang ditugaskan merawat kesihatan mental dirinya, namun mereka menjadi serik kerana perangai Gabriel yang panas baran
Dengan kehadiran Leora, Gabriel pasti gadis itu juga tidak mampu merawat dirinya.
"Kau takkan berjaya rawat aku." - Asher Gabriel
"Kalau saya berjaya?" - Nova Leora
"Aku akan bagi kau 'penghargaan' terbesar," - Asher Gabriel
Leora dapat membuktikan dirinya berjaya. 'Penghargaan' yang dimaksudkan Gabriel adalah menjadi miliknya.
Leora menolak, membuat Gabriel bertindak kasar padanya. Bala! Bala! Bala!
"Lari, My supernova. Kalau aku dapat tangkap kau, aku kurung sampai bila bila," - Asher Gabriel
"Lepas Gabriel! Lepas!" - Nova Leora
"Tolong aku Nova.. kau seorang je yang faham aku.." - Asher Gabriel
Setiap tindakan Gabriel sekejap kasar, sekejap lembut pada dirinya, membuatkan dia bingung!
Apakah pengakhiran Nova Leora?
psychopath x physiatrist ?