Layla Alanna, 'The Not So Gothic Girl' yang dalam diam meminati Barbie. Namun pada suatu hari, rahsia terbesarnya itu akhirnya diketahui seluruh kampus kerana tidak sengaja 'dikantoikan' oleh si jejaka kacak yang digelar semua orang sebagai 'The Problematic Bad Boy'.
"𝑃𝑟𝑜𝑏𝑎𝑏𝑙𝑦 𝑡ℎ𝑒 𝑚𝑜𝑠𝑡 𝑒𝑚𝑏𝑎𝑟𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑜𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑖𝑛 ℎ𝑒𝑟 𝑒𝑛𝑡𝑖𝑟𝑒 𝑙𝑖𝑓𝑒!"-𝑍𝑎𝑦𝑦𝑎𝑛.
"𝐼 𝑚𝑒𝑎𝑛, 𝑤ℎ𝑜 𝑑𝑜𝑒𝑠𝑛'𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝐵𝑎𝑟𝑏𝑖𝑒, 𝑟𝑖𝑔ℎ𝑡?"-𝐿𝑎𝑦𝑙𝑎.
Sejak insiden tersebut berlaku dalam hidupnya, Layla sering digelar 'Barbie Girl' oleh Zayyan. Salahkah jika dia meminati Barbie? Lagipun, dia masih mempunyai jiwa keperempuanan dalam dirinya. Dia mungkin tidak secantik dan bijak seperti watak Barbie, tapi sekurang-kurangnya watak tersebutlah yang banyak mengajarnya tentang erti kehidupan sejak dia kecil. Kecantikan Barbie bukan sekadar terletak daripada rupa paras yang dimiliki, tetapi ianya kerana sikap keberanian, kebijaksanaan, kesopanan, kreativiti, dan juga keunikannya yang tersendiri! Sebab itulah Layla menjadikan Barbie sebagai salah satu dari inspirasi terbesar dalam hidupnya untuk mengubah dirinya menjadi seorang gadis yang mempunyai sifat kesantunan dan kelembutan dalam melakukan apa jua perkara.
Tapi kalau dah namanya Zayyan Hayder a.k.a the most annoying bad boy but so freakin' hot, dia memang tidak akan berhenti menjadikan rahsia Layla yang sudah diketahui satu kampus itu sebagai modal bahan usikannya terhadap gadis yang dianggapnya serabai dan kasar tetapi sebenarnya agak cantik dengan caranya yang tersendiri itu.
*𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄*
𝑃𝑢𝑏𝑙𝑖𝑠ℎ: 16 𝑀𝑎𝑦 2023
P/s: Mehlah singgah baca, u can share your thoughts and I'll definitely appreciate it❤️
Ungku Zaril & Suri Aralyn
Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis semua perempuan. Tapi malang beribu kali malang kerana Ungku Zaril sudah mempunyai pilihan hati, Hanis Talia. Tapi setelah beberapa tahun menjalin hubungan cinta dan sudah bertunangan. Siapa saja boleh menyangka yang Hanis akan tinggalkan Ungku Zaril untuk selamanya.
Suri Aralyn ialah seorang perempuan yang sangat kuat. Sejak kecil dia sudah harus berdikari sendiri selepas sahaja Encik Fakrul dan Puan Jasnita meninggal dunia. Tapi tak lama Suri Aralyn tinggal di rumah anak yatim bila dia diangkat menjadi cucu angkat kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak dari situ lah Suri Aralyn telah menaruh hati pada seorang jejaka. Tapi Suri Aralyn tidak mampu untuk melakukan apa-apa bila jejaka itu sudah ada pilihan hatinya sendiri sehingga membuat Suri Aralyn harus pergi jauh dan membawa diri serta hati yang lara.
Start : 10/09/2024
End :