Negara sedang dilanda sejenis wabak penyakit atau lebih dikenali sebagai
'virus' yang mampu membuatkan manusia yang dijangkiti itu berkelakuan tidak waras dan menjadi ganas seperti binatang buas.
Mereka yang dijangkiti telah menjadi makhluk yang seakan-akan seperti
'mayat hidup' dan memiliki nafsu yang tinggi terhadap manusia. Mereka lebih mudah dikenali sebagai...zombi.
Di saat negara yang sedang dilanda penyakit zombi, ada 'mereka' yang berlari, bersembunyi, cuba untuk menyelamatkan diri daripada dijangkiti. 'Mereka' yang menginginkan keamanan.
Melihat perubahan para zombi yang semakin lama semakin mengganas, mereka sedar, berdiam diri di tempat yang sama tidak menjamin apa-apa. Mereka sedar, mereka bukanlah mangsa yang terselamat, tetapi penyelamat yang akan menjanjikan keamanan.
Janji. Satu perkataan yang mudah untuk dikatakan namun sukar untuk dikotakan.
"Walau apa pun yang terjadi, kita sentiasa bersama."
Di sini terikat sebuah janji. Janji biasa namun besar bagi mereka.
"Tolong janji yang kita takkan terpisah..."
Di sini jugalah persahabatan bakal teruji. Kepercayaan semakin goyah. Rahsia yang dipendam juga terluah dengan sendiri. Perjanjian hampir dimungkiri.
"Apa tujuan kau berkawan dengan aku?" - Ana
"Bertenang. Cuba kita bincang elok-elok." - Nura
"Dengarlah dulu penjelasan aku. Aku...tak sengaja." - Fiyya
"Orang lain? Hei, mereka bukan orang luar tau. Kata satu pasukan! So, bincang sini." - Myra
Untuk mereka mencapai keamanan, untuk mereka mengecap bahagia rasa, ada harga yang perlu dibayar.. dan ada sesuatu yang harus dikorbankan.
"Mungkin pengorbanan ini kecil sahaja, tetapi ia akan memberi impak yang besar buat perjuangan kita!"
"Berkorban demi yang tersayang. Dengar macam klise kan? Tapi orang masih buat. Sebab apa? Sebab sayang."
"Kau dah banyak tolong aku. Jadi, apa salahnya aku berkorban... demi kita?"
Mampukah mereka mencapai apa yang mereka janjikan?
"Susah senang, sama-sama."