Bicara Sunyi Sebuah Kasih [EDITING]
49 Bölüm Tamamlanmış Hikaye Alya, gadis bisu yang tidak pernah didengari suaranya-bukan kerana dia tidak mahu bersuara, tetapi kerana dunia tidak pernah mahu mendengar. Hidup dalam bayang-bayang penderitaan dan layanan keluarga yang mencarik maruah, dia dipaksa menikahi Faris, lelaki misteri yang disangkakan biasa, namun rupa-rupanya seorang Mejar dalam pasukan elit 21 Grup Gerak Khas Tentera Darat Diraja Malaysia (21 GGK TDM).
Perkahwinan itu bukan tentang cinta, tapi pengorbanan. Dua jiwa yang tak pernah saling mengenali kini berkongsi satu atap, satu takdir. Alya dengan dunia sunyinya, dan Faris dengan rahsia perjuangannya.
Dalam diam, kasih mula bercambah. Dalam senyap, luka lama cuba disembuhkan. Namun, kehidupan mereka tidak pernah mudah. Ketika misi sulit negara mula menyentuh pintu rumah, dan rahsia masa silam mengintai bahagia yang baru tumbuh, adakah hati mereka cukup kuat untuk bertahan?
Bicara tidak perlu suara, tapi cukuplah kasih yang memahami dalam diam, dan cinta yang berjuang dalam sunyi.
Mejar Faris 21 GGK X Alya