[TERBIT]
Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin.
Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima.
Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah.
"After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin
"Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus
Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya.
Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar.
"Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin
"Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad
Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti.
Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema.
Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.
Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka?
Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa?
"Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira."
started date: 4 dec 22
end date: 26 march 23
LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER
Hani Annisa
Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupan gadis itu umpama kisah Cinderella.Kehidupan remaja yang penuh dengan derita.
Raiyan Aryan
Seorang lelaki yang tinggi egonya seperti Gunung Everest.Dengan wajah yang sempurna tetapi hati yang penuh kebencian, dia bertekad untuk memastikan Annisa tidak pernah merasa bahagia.Baginya, gadis itu tidak layak untuk menikmati kedamaian dalam hidupnya.
Namun, tanpa mereka duga, satu rancangan kotor mengikat mereka dalam satu ikatan yang tidak diingini.Perkahwinan yang penuh dengan kebencian dan ego.
Mampukah cinta menemukan jalannya dalam hati yang penuh luka atau adakah ego akan terus menjadi penghalang kebahagiaan mereka?
"Ryan kan yang perangkap Nisa" HANI ANNISA
"Tolonglah jujur Ryan" HANI ANNISA
"Aku akan musnahkan kehidupan kau" RAIYAN ARYAN
"You make me crazy honey" RAIYAN ARYAN
>Banyak typo.
>Idea sendiri.
>No copy.
Happy Reading~
Thank you~