💔 SAD ENDING! 💔 Ha Iseul berasa sangat bahagia setelah teman lelakinya, Hwang Hyunjin pulang ke negeri asal. Setelah beberapa bulan lamanya Hyunjin bekerja di Malaysia, akhirnya rindu Iseul pada teman lelakinya terubat. Bermacam janji ditabur oleh Hyunjin sebelum dia berangkat ke Malaysia. Hyunjin berjanji bahawa dia dan Iseul akan berkahwin sebaik saja lelaki itu pulang. Hal ini membuatkan Iseul menunggu kepulangan Hyunjin dengan penuh harapan. Walau bagaimanapun, disangkakan langit yang cerah, rupanya mendung. Apa yang jadi, tidak seperti yang dirancang. Hubungan mereka berdua diganggu oleh seorang wanita bernama Lily. Lily sering mengikut ke mana sahaja Iseul dan Hyunjin berada. Iseul mula ragu-ragu pada kejujuran Hyunjin kerana selalu terserempak dengan wanita berkelakuan aneh itu. Suatu hari, Lily mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada Iseul. Kebahagiaan Iseul selama ini punah, harapannya hancur. Apakah sebenarnya yang terjadi antara Lily dan Hyunjin? Apa yang Lily sampaikan pada Iseul? recommended song(s) : • Tak Ingin Usai - Keisya Levronka • Khatimah Cinta - 6ixth Sense ⚠️100% idea sendiri termasuk cover dan title. ⚠️Rekaan semata-mata. -biskutnutella- Start: 06 December 2022 End: 24 December 2022