Jangka hayat power sphera lebih panjang dari manusia bukan? Maka, waktu itu pasti tiba bukan? Waktu mereka, tuan dan robot berpisah. Bukan kerana gagal mengalahkan musuh namun kerana lumrah kehidupan manusia. Kehilangan insan yang paling dikasihi. Insan bagaikan keluarga. Insan yang mengagap mereka sebagai sedarah sedaging. Bagaimana harus dua power sphera ini menerimanya? Sanggupkah mereka..? Setelah segala memori bersama, akan mereka genggam atau lepaskannya?