Andainya setia itu sukar bagimu sayang, lepaskanlah aku. Jangan pernah lagi kau cuba untuk datang kembali. Akanku tutup hati dan jiwa ini daripada menerima cinta. Kaulah cinta terakhirku, cinta yang tidak akan pernah ku lupakan. Terima kasih kerana memberi peluang kepadaku untuk mencintaimu. Dicintai dan mencintaimu adalah hal terbaik dalam hidupku. Seteruk mana pun jiwa dan hati ini diseksa olehmu, akanku selalu mencintaimu sehingga hujung nyawaku. Kaulah cinta terbaikku dan teragungku. Akanku semat semua memori ini di dalam ingatanku, agar aku tidak lupa akan orang yang pernah membuatku bahagia, suatu ketika dahulu.