Story cover for Cahaya Nura Medina | OG by farahnotfara
Cahaya Nura Medina | OG
  • WpView
    Reads 861
  • WpVote
    Votes 222
  • WpPart
    Parts 7
  • WpView
    Reads 861
  • WpVote
    Votes 222
  • WpPart
    Parts 7
Ongoing, First published Dec 27, 2022
3 new parts
Kelahiran Nura Medina menyatukan dua hati yang pernah patah.

Yasmine - wanita yang menjadi mangsa kerakusan manusia. Luka yang ditinggalkan terlalu dalam, namun hadirnya Emirhan bagai cahaya yang menerangi hidupnya semula.

Perkahwinan mereka termeterai bukan kerana cinta, tetapi demi menjaga maruah dan mengelakkan fitnah. Dan dalam tempoh singkat itu, mereka belajar tentang makna kasih yang sebenar.

Namun takdir seolah tidak menyebelahi. Pemergian Yasmine selepas melahirkan bayi kecil itu membuatkan Emirhan terduduk.

Tapi kasihnya pada Nura Medina yang ditinggalkan tidak pernah surut.

Nura Medina, cahaya yang dia genggam walau dunia meragut segalanya.

"Han tahu kan, Han tak ada pertalian darah dengan Nura Medina?" - Puan Baizura

"Kau kena cari ibu susuan untuk anak kau, Han. Biar dia jadi mahram kau. Tapi cepat... sebelum dia cecah dua tahun."

"Mana aku nak cari isteri dalam masa terdekat ni?" - Emirhan

Dan di saat itulah, takdir menemukan dia dengan Laili - seorang wanita yang juga pernah kehilangan cahaya dalam hidupnya.
All Rights Reserved
Sign up to add Cahaya Nura Medina | OG to your library and receive updates
or
#5ceritamelayu
Content Guidelines
You may also like
Jodoh Selang Satu Rumah | Hold by farahnotfara
4 parts Ongoing
Sejak Tingkatan Satu, Nurul Ayla dan Ahmad Aidan memang tak sebulu. Pantang berselisih, mesti ada 'perang mulut'. "Hoi, si Busuk! Jaga kaki kau tu! Bau macam kasut bela hantu!" - Nurul Ayla "Sekurang-kurangnya aku tak berpeluh dekat ketiak masa perhimpunan. Macam loji minyak tumpah! Bertompok! Besar pula tu!" - Ahmad Aidan Begitulah rutin mereka sehingga SPM menjadi titik perpisahan. Masing-masing membawa haluan sendiri. Lebih sepuluh tahun berlalu. Aidan kini bergelar pensyarah, manakala Nurul pula seorang suri rumah yang mengurus dua orang anak dan seorang suami bernama Daniel Rahimi yang hanya pandai menyakitkan hati. Perkahwinan mereka retak, dan akhirnya hancur. "Saya lebih rela tanggung diri saya sendiri daripada hidup dengan lelaki yang tak tahu tanggungjawab. Mama tak payah risau. Saya tak akan bebankan sesiapa." - Nurul Ayla "Fine. Kalau itu keputusan you, I will fight for hak penjagaan anak. Kita tengok siapa menang nanti." - Daniel Rahimi Nurul kembali ke rumah ibunya untuk memulakan hidup baru dan di situlah takdir menemukan dia semula dengan 'musuh' zaman sekolahnya. Cuma kali ini, Aidan bukan lagi budak nakal yang suka mengusik. Dia lelaki matang, berwibawa, dan secara peliknya, selalu ada ketika Nurul memerlukan. "Orang kata janda ni bagus sebab berpengalaman. Orang lah kata, bukan aku. Kau... nak kahwin dengan aku tak?" - Nurul Ayla "Habis tu kau bukan orang ke? But sorry Nurul, aku... tak suka kau. Jadi aku tak berminat." - Ahmad Aidan Betulkah Aidan tidak berminat, atau dia sedang menafikan sesuatu? Dan saat Nurul mula yakin untuk melangkah ke depan, Daniel muncul semula dengan rayuan yang menggoncang hati. "Nurul, I minta maaf. Betul-betul minta maaf. Sudi tak you jadi suri hati saya semula?" Antara lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sekaligus terus mematahkan hatinya, dan lelaki yang pernah menjadi musuhnya... siapakah yang akan Nurul pilih?
[C] Her Angel by IzzIman_27
62 parts Complete
Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #5 Romance #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
55 parts Complete
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
You may also like
Slide 1 of 10
Jodoh Selang Satu Rumah | Hold cover
Bila Cinta Bersatu  cover
C | Di atas Sejadah Panjang  cover
[C] Her Angel cover
BIARKAN HATI MENCINTAI cover
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz cover
The Last Sky [C] cover
Sempurnakan Cinta Kita |C cover
H A R I S   Z U F R A N  (RAW) cover
FORGET ME NOT cover

Jodoh Selang Satu Rumah | Hold