Cahaya Nura Medina | TERBIT

Cahaya Nura Medina | TERBIT

  • WpView
    Reads 2,407
  • WpVote
    Votes 405
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Dec 1, 2025
Kelahiran Nura Medina menyatukan dua hati yang pernah patah. Yasmine - wanita yang menjadi mangsa kerakusan manusia. Luka yang ditinggalkan terlalu dalam, namun hadirnya Emirhan bagai cahaya yang menerangi hidupnya semula. Perkahwinan mereka termeterai bukan kerana cinta, tetapi demi menjaga maruah dan mengelakkan fitnah. Dan dalam tempoh singkat itu, mereka belajar tentang makna kasih yang sebenar. Namun takdir seolah tidak menyebelahi. Pemergian Yasmine selepas melahirkan bayi kecil itu membuatkan Emirhan terduduk. Tapi kasihnya pada Nura Medina yang ditinggalkan tidak pernah surut. Nura Medina, cahaya yang dia genggam walau dunia meragut segalanya. "Han tahu kan, Han tak ada pertalian darah dengan Nura Medina?" - Puan Baizura "Kau kena cari ibu susuan untuk anak kau, Han. Biar dia jadi mahram kau. Tapi cepat... sebelum dia cecah dua tahun." "Mana aku nak cari isteri dalam masa terdekat ni?" - Emirhan Dan di saat itulah, takdir menemukan dia dengan Laili - seorang wanita yang juga pernah kehilangan cahaya dalam hidupnya.
All Rights Reserved
#933
happyending
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR
  • Racing King
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Forever Isn't What We Promised
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines