[On Going + under major editing]
Menjadi salah seorang siswi di kampus ini, memang tidak mudah ya. Lebih-lebih lagi apabila kau ditakdirkan untuk menjadi 'groupmate' kepada Jihad Hariz yang perangainya sering menguji kesabaran segenap manusia.
Itulah takdir yang tertulis buat Sabrina Aishah. Perang mulut itu biasa, terasa itu juga biasa. Mahu tak mahu, perlu hadap jugalah si dia, demi pointer yang cantik, demi mencapai anugerah dekan!!!
Namun, siapa sangka? Di sebalik pergaduhan mereka, ternyata ada takdir-Nya yang telah tersusun. Sabrina dan Jihad disatukan jua. Perkahwinan mereka pada usia yang muda, penuh dengan onak durinya.
Ketika keduanya diuji dengan cacian manusia, tersingkap jua satu kebenaran tentang Jihad, yang selama ini dia rahsiakan.
"Hadirnya si dia, menjadi penawar bagi segala luka." -Sabrina Aishah.
"Bagaikan terkena panahan cinta di segenap ruang kalbu, akhirnya.. dia menjadi milikku!" -Jihad Hariz.
1st Tengku the Series
Cover: @Marleneith
Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene membuat hati lelaki Tengku Ferhad terusik tanpa sedar. Anaknya Helena Malaiqa pun suka pada Eirene.Bonus untuk Tengku Ferhad memiliki gadis itu.
"Dasar singa pencen! Perangai diktator! Eeee malang betul lah!"-Eirene Anfisa
"Tumbuk lah kalau berani. Hidup yang tak berapa nak malang tu karang bertukar jadi malang seumur hidup"-Tengku Ferhad Mateen
Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda ujian. Walaupun badainya tidak sekuat mana, namun kepercayaan Eirene mulai goyah juga akhirnya.
"You yakin yang you betul-betul kenal siapa suami you?"- Cailey
"Apa alasan yang saya ada untuk tak percayakan dia?"-Eirene Anfisa
"Why should I be disappointed like this Eirene Anfisa?"-Tengku Ferhad Mateen