[Romance] Walaupun sudah setahun berlalu selepas dia membawa diri akibat dikecewakan berkali-kali, Nur Ardina masih tersekat di masa lalu. Dan apabila masa lalu itu sendiri muncul di hadapannya, semua yang dia lakukan untuk melupakan, menjadi sia-sia seperti dia telah kembali ke titik permulaan. Segala benteng musnah dan dia kembali ke dalam lubang yang tiada penghujungnya. Pada masa yang sama, ada kumbang lain yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Gerangan itu seperti putera dalam kisah dongeng yang tugasannya menyelamatkan puteri yang sedang kesusahan. Tanpa disangka Ardina mengambil langkah yang bakal menghancurkan hati kedua-dua mereka. Dia ada dua pilihan. Tersekat bersama masa lalunya di dalam lubang tak berpenghujung atau pergi jauh bersama sang putera buat selama-lamanya. Start: 22 Disember 2022 End: -