1 parte Complet Pentru adulțiStart 10/2/2020
Finish 5/5/2020
Status: Republish
UNTUK BACAAN SEMUA PERINGKAT UMUR!
Cerita asal tiga orang jejaka sebelum digubah menjadi MY ROMANTIC MR. SPY
Kisah tiga orang panglima yang mengabdi untuk negerinya, iaitu negeri Indera Maya, dan berkhidmat di bawah pemerintahan seorang Raja bernama Mahesa Jenar.
Meski mereka tahu bahawa Baginda sangat dikenali dengan gelaran sang Raja zalim, namun sebagai junjungan, Bahari, Bakhtiar dan juga Bayu, tetap akur dengan apa jua titah sang raja junjungan mereka.
Seperti suatu hari, Baginda telah menitahkan kepada ketiga Panglima kepercayaan beliau untuk menghantar perutusan ke sebuah negeri yang merupakan jiran terdekatnya, iaitu negeri Teratai Puteh. Baginda ingin menyampaikan hajat untuk memperisteri Tuan Puteri Cempaka Sari, anak tunggal dari Baginda Sultan Badrul Hisyam untuk dijadikan isteri keempat olehnya.
Meski kedengaran kurang masuk akal, namun kerana menjujung perintah sang Baginda, ketiga Panglima itu akur akan titah beliau. Perutusanpun disampaikan jua.
Murka pinangannya ditolak oleh Tuan Puteri, Baginda Mahesa telah bertindak menghukum salah seorang dari Panglima itu untuk menutupi rasa malunya. Bakhtiar terpaksa berdepan hukuman, dan dibuang negeri meski tanpa melakukan sebarang kesalahan.
Dan di dalam pengembaraannya, Bakhtiar telah berguru dengan seorang pendekar tua untuk mendalami ilmu pertahanan diri yang dia miliki.
Selanjutnya, dia berjumpa dengan empat orang pendekar lain yang kemudian menjadi rakan kepadanya, serta selanjutnya bekerja sama untuk menentang pemerintahan raja zalim tersebut dari terus berkuasa.
Kisah ini adalah rekaan semata-semata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang tiada. Adapun jika terdapat persamaan nama-nama, ianya hanyalah kebetulan belaka.
Selamat membaca