Story cover for Tears of Origin ; The Maiden & The Crimson Sky by 2MayLily98
Tears of Origin ; The Maiden & The Crimson Sky
  • WpView
    Reads 1,418
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 36
  • WpView
    Reads 1,418
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 36
Ongoing, First published Jan 27, 2023
Kisah ini bermula ketika penguasa padang pasir iaitu Raja Una menyelamatkan seorang wanita muda terbaring tidak sedarkan diri di tengah - tengah padang pasir yang gersang sewaktu dalam perjalanan kembali ke Kota Emas.

Apabila wanita itu tersedar, Raja Una mendapati wanita itu tidak mengingat apa - apa melainkan namanya sendiri iaitu Gyzeem Ezlyn. Raja Una yang kasihan dan berempati dengan keadaan Gyzeem yang tidak mengingat apa pun itu setelah tersedar langsung saja menjemputnya untuk tinggal di Taman Oasis, tempat ibunda Raja Una dahulu sebelum mangkat.

Raja Una memerintahkan Jnari tabib diraja untuk merawat Gyzeem bagi memulihkan kembali ingatan wanita itu.  Namun, apa yang Raja Una dapat adalah laporan - laporan aneh dari sang tabib yang mengatakan perlakuan aneh yang berlaku pada Gyzeem sewaktu berada di bawah pantauannya. Gyzeem terlihat melakukan hal aneh seperti mengatakan sesuatu yang tidak jelas bahkan melakukan gerak tari yang sangat asing. Ingatan yang Gyzeem alami terlihat tidak biasa. Dalam waktu yang sangat singkat, Gyzeem kembali tidak mengingat satu apa pun yang telah dia lakukan dalam beberapa detik berlalu. Hal itu membuatkan Jnari makin kebingungan bahkan ini pertama kalinya dia melihat keanehan penyakit Gyzeem itu.

Di sisi lain, ada pihak yang tidak menyukai kehadiran Gyzeem di Kota Emas apatah lagi menjadi tumpuan Raja Una. Miray Rutvi atau dikenali sebagai Dewi Cinta iri pada Gyzeem yang mendapat tumpuan Raja Una. Miray tidak senang melihat atau mendengar hal - hal yang berkaitan dengan wanita itu lebih - lebih lagi Raja Una yang sering beri perhatian khusus yang Miray inginkan dari sang raja tetapi diberikan kepada Gyzeem.

Bukan itu sahaja, seorang wanita ras elf  datang menceroboh Kuil Khonsu pada waktu malam setelah kepulangan Dewa Bulan demi mendapatkan sepasang pedang bulan sabit yang tersimpan rapi di tempat penyimpanan senjata. Hadirnya penceroboh itu mengundang rasa ingin tahu sang dewa terhadap pencoroboh yang berani itu.
All Rights Reserved
Sign up to add Tears of Origin ; The Maiden & The Crimson Sky to your library and receive updates
or
#234fantasi
Content Guidelines
You may also like
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] by sopheahadie
46 parts Complete
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
LOVE WITHIN A CURSE by liiiiiyaaaaaannnn
17 parts Ongoing
🪷🪷🪷 Tajuk:Love Within a Curse (Cinta Dalam Kutukan) --- Sinopsis (Bahasa Melayu): Hari pertama bekerja, Sandra Viona mati - dan terjaga sebagai wanita yang paling dibenci dalam dunia ini. Dia kini berada dalam tubuh Permaisuri Meilian, wanita dingin yang pernah mengkhianati Raja Jing Xuan dan hampir dihukum mati. Namun hukumannya diubah - dia dikurung seumur hidup dalam istana terlarang, dilindungi sihir yang mustahil ditembusi. Apa yang Sandra tidak tahu, takdirnya kini terikat dengan lelaki yang paling terluka - Raja Jing Xuan. Dulu, baginda raja yang disanjung rakyat. Hatinya hanya untuk seorang wanita: Lian Yi, kekasih yang dijanjikan takhta permaisuri sebelum baginda ke medan perang. Baginda tidak dapat pulang kerana menjadi seorang budak kecil dan bisu. Kerana terkena sumpahan sihir yang misteri. Dimana tubuhnya bertukar menjadi budak kecil yang bisu yang berumur 8 tahun. Sandra, yang hidup dalam tubuh wanita yang dibenci baginda, hanya mahu menamatkan hukumannya dalam diam. Namun sandra menyelamatkan seorang budak lelaki kecil dan bisu yang telah mencuri makanan kerana kebuluran dan tidak disangka orang yang dia selamatkan ialah orang yang hampir menbunuhnya Raja dingin dan menakutkan tanpa dia sendiri dia menyayangi Raja kecil itu. Semakin lama Raja kecil itu mengenali bekas permaisurinya semakin tidak tahu adakah ianya permaisuri jahat yang disebutkan dunia yang menberi kasih sayang dan juga kehangatan. Dan mungkin... cinta itu sendiri adalah sebahagian daripada kutukan itu. Mampukah Sandra menebus dosa yang bukan miliknya? Atau takdir kali ini akan membuktikan, bahawa cinta sejati kadangkala hadir - dalam tidak disangka. ---
Darkness's Lover by trisyia_31
70 parts Complete
#2nd under Lover series •Darkness's Lover Selepas berlakunya peristiwa 20 tahun yang lepas, personaliti seorang jejaka bernama Dyan Qhalish berubah serta merta. Dia bertukar menjadi seorang dingin dan beku sebeku kutub utara. Matlamat hidupnya hanya satu. Mencari punca berlakunya peristiwa 20 tahun yang lepas. Cinta? Jangan mimpi untuk muncul. Tiada masa untuk bercinta selagi matlamat hidupnya tidak tercapai. Namun, hadirnya seorang gadis telah membuka sedikit hati batu milik Dyan Qhalish. "Lain kali jalan pakai mata boleh tak? Menyusahkan orang ja."- Dyan Qhalish. "Maafkan saya, saya encik. Saya betul-betul tak sengaja."- Qaysara Aryana. Awal perkenalan mereka tidaklah begitu indah. Namun apabila cinta semakin berputik, segalanya akan menjadi indah serta-merta. Bak kata orang, kalau dah suka jangan tunggu lama-lama. Nanti di ambil orang. Akhirnya, gadis pujaan hati bakal menjadi milik seseorang. Untuk itu, dia mahu membuang perasaan yang sudah lama terbuku di jiwanya untuk kebaikan gadis pujaan hati dan juga pilihan gadis itu sendiri. Seperti mana orang cakap, cinta tak semestinya memiliki. Malam sebelum si gadis naik pelamin, satu tragedi melanda hidupnya dan menyebabkan hidupnya bertukar 180 darjah. Majlis pernikahannya dibatalkan. Apa yang lebih teruk... "Happy being my wife, honey." - Dyan Qhalish Tak sangka! Jejaka kutub utara itu menggantikan tempat lelaki pujaan hati. Namun dia hanya perlu redha dengan ketentuan ilahi. Dia perlu terima kenyataan bahawa jejaka kutub utara itu telah sah menjadi suami. Bagi Qaysara Aryana, jejaka dingin itu menyimpa seribu rahsia daripada pengetahuannya. Semakin banyak rahsia yang terdedah, bahaya sentiasa muncul. Sehingga nyawa menjadi taruhan. Muncul pula seseorang bernama Darkness menambah bahaya. Hal ini membuat Qaysara sedar bahawa... To know the truth, have their own price. Baca-baca la ya😘 Hero: Dyan Qhalish Heroin:Qaysara Aryana
GERBANG CINTA ELZAYANA DAN RAS ADZIM  by seritamelur
16 parts Ongoing
Elzayana atau Rozie memulai perjalanan rohani yang mendalam selepas merasakan kehadiran sosok ghaib yang misterius dalam hidupnya. Sejak kecil, dia terhubung dengan dunia metafizik, merasakan gelombang energi yang tidak dapat dilihat oleh orang biasa. Ketika mencapai usia 30-an, Elzayana mengalami mimpi aneh yang mengingatkannya pada hubungan dengan Ras Adzim, seorang lelaki ghaib yang terhubung dengannya dalam pertemuan masa lalu. Mereka mempunyai sejarah yang tidak terungkap sepenuhnya, namun setiap kali Elzayana merasakan kehadiran Ras Adzim, perasaan hangat dan tenang mengalir dalam dirinya. Pertemuan mereka yang penuh emosi membawa mereka untuk mengenal lebih dalam tentang ikatan mistik antara mereka. Semasa pertemuan itu, Ras Adzim menceritakan kisah masa lalu mereka yang pernah terpisah oleh takdir. Kisah cinta mereka tidak sekadar terhenti pada dunia nyata, tetapi melibatkan dunia ghaib dan dimensi rohani yang tidak mudah dimengerti oleh kebanyakan orang. Elzayana, yang sedar akan keistimewaan kemampuannya, bertemu dengan individu-individu baru dalam perjalanannya, termasuk seorang wanita misteri yang membantu membuka lebih banyak rahsia tentang dirinya. Dalam usaha untuk menyelamatkan Ras Adzim dan mengembalikan semula ikatan mereka, Elzayana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang merangkumi perjuangan batin, pertemuan dengan entiti ghaib, dan ujian yang menguji kekuatan jiwanya. Di tengah perjalanan ini, Elzayana menemui makna sebenar cinta, pengorbanan, dan takdir yang lebih besar.
You may also like
Slide 1 of 9
Akhiri Penantianku ✔ cover
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED] cover
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] cover
Dendam Siluman: Takdir Sang Pewaris cover
LOVE WITHIN A CURSE cover
Darkness's Lover cover
Kita, di Kem Itu cover
When I Meet Him cover
GERBANG CINTA ELZAYANA DAN RAS ADZIM  cover

Akhiri Penantianku ✔

59 parts Complete

Pertemuan dalam kesempitan telah membuatkan mereka sukar dipisahkan. Dalam masa yang singkat mereka berdua telah mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Kepercayaan antara satu sama lain membuatkan Ruzain Mahran tanpa rasa ragu menceritakan masalah hidupnya kepada seorang gadis manis, Dhiya Hana. Perkenalan mereka di tempat menunggu bas, mengenalkan gadis dan jejaka ini. Dhiya Hana, anak sulung kepada Puan Maryam dan Encik Khalid, juga merupakan seorang pekerja di sebuah butik milik kawan kepada Puan Maryam. Minat yang mendalam terhadap seni lukisan menjadikannya menghabiskan masa lapang dengan melukis. Mengenang jasa baik Ruzain yang membantunya, potret wajah Doktor Ruzain Mahran dilukis oleh Dhiya supaya wajah jejaka ini sentiasa diingat dalam mindanya. Tanpa disangka, pertemuan demi pertemuan mendekatkan mereka menjadikan mereka sukar dipisahkan. Namun, Ruzain Mahran seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk memulakan hubungan dengan mana-mana wanita disebabkan sejarah hitamnya. Ruzain menidakkan perasaan cintanya pada Dhiya yang akhirnya menyebabkan kedua-dua mereka terluka. Pengakhiran apa yang mereka inginkan? -Dhiya Hana -Ruzain Mahran