LANGIT : PERTARUNGAN DUA DOA '

LANGIT : PERTARUNGAN DUA DOA '

  • WpView
    Membaca 32
  • WpVote
    Vote 3
  • WpPart
    Bab 7
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Sel, Jan 27, 2026
Diberatkan dengan dua pilihan, mengejar reda sang pencipta atau mengejar cinta manusiawi, mana yang lebih layak diperjuangkan? Nahda Zahra, dia hanya gadis biasa yang masih bertatih mengejar ilmu agama. Dia menemukan sebuah ketenangan di tengah kekacauan hatinya. Uniknya, ia bukan melalui pertemuan tetapi hanya melalui alunan ayat suci Al Quran oleh seorang jejaka yang tidak dikenali di ruang maya. Dia hanya mengagumi dalam bentuk paling sunyi iaitu sebatas pendengar dan sosok yang mengalunkan jauh dari kata mudah untuk digapai. Qayyum Al Yusra, dia seorang yang tenang raut wajahnya serta teguh agamanya. Dia tidak pernah menyangka bahwa siaran langsungnya dalam mengalunkan Al Quran telah membuatkan seseorang menggantungkan ketenangan. Setiap dia melakukan siaran langsung, niatnya hanya satu iaitu menghidupkan ayat suci, membantu jiwa yang menginginkan ketenangan. Dia tidak pernah berniat mencari perhatian, apatah lagi cinta. Mereka sama-sama bertarung, antara keinginan manusia atau tuntutan mereka sebagai hamba. Antara rasa yang tidak dipinta atau doa yang perlu dilangitkan. Menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta, meski itu bermakna mereka saling melukai walau tidak pernah bersuara. HAK CIPTA TERPELIHARA
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#3
imammuda
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS]
  • HELLO QASWAR
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Racing King

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan