Khadeeja diuji dengan kehilangan ayah kandungnya secara mengejut, dan tiga hari selepas kematian ayah, kekasihnya, Haris pula yang tinggalkan dan curanginya dengan alasan bahawa Khadeeja sudah berubah dan Haris mahukan kesempurnaan.
"Saya tak sayangkan awak lagi, Deeja." Haris
"Kenapa? Mesti ada sebab kan?" Khadeeja
"Sebab saya memang dah tak cintakan awak, Dee. Semuanya rasa kosong." Haris
Sedih dengan hakikat pertemuan pasti ada perpisahan, Khadeeja ditakdirkan bertemu dengan lelaki misteri yang berpakaian serba serbi hitam di hadapan keretanya. Dan pada pertemuan ketiga mereka, lelaki itu menghadiahkan kucing kepadanya.
"Awak suka kucing. Jadi, saya hadiahkan awak kucing ni." Ezekiel Adam
"Tapi, kenapa nak bagi kita? Awak bukan kenal kita pun." Khadeeja
"Saya Ezekiel. Ezekiel Adam. Now we know each other." Ezekiel Adam
Hadirnya Ezekiel Adam membawa ceria dalam hidupnya. Sebulan berkawan dengan Ezekiel merupakan hari-hari yang bahagia buatnya.
"I want to grow old with you, Khadeeja. Will you marry me?" Ezekiel Adam
""Awak sudi ke nak jadikan kita isteri awak? Kita ni anak yatim piatu, kita tak cantik dan kita tak sempurna." Khadeeja
"It's not going to be an easy ride for both of us, milaya. But will you stand next to me as we both face obstacles together?" Ezekiel Adam.
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.