Story cover for  𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING by thearrie
𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING
  • WpView
    Reads 3,507
  • WpVote
    Votes 314
  • WpPart
    Parts 20
  • WpView
    Reads 3,507
  • WpVote
    Votes 314
  • WpPart
    Parts 20
Ongoing, First published Feb 02, 2023
1 new part
Waldan Hulaif Alfatih x Khawla Nadeen Elzahra

🩶

WALDAN HULAIF ALFATIH - Seorang anak yang baik. Taat kepada kedua-dua orang tua. Dia juga telah diterapkan dengan agama sejak kecil lagi. Membesar dalam keluarga yang bahagia. Serba serbi cukup. Penuh dengan kasih sayang. Mawaddah warahmah.

KHAWLA NADEEN ELZAHRA - Membesar dalam keadaan keluarga yang mengejar dunia bukanlah mudah. Dia perlu turuti segala kemahuan kedua-dua ibu bapa. Kasij sayang yang sepatutnya dirasai olehnya sebagai anak bagaikan hilang. Dia hidup dalam keadaan tertekan kerana kurang kasih sayang dan perhatian daripada orang tua. Dia bersyukur kerana masih diberi seorang abang. Khalaf. Khalaf sentiasa bersamanya. Disaat dia sudah penat, Khalaf datang untuk menyuruh dia bangun.

Perkahwinan di antara Waldan dan Khawla adalah peraturan daripada keluarga. Khawla berat untuk menerima Waldan sebagai suaminya. Sekalipun hati dia terukir nama Waldan. 

Tetapi, siapa boleh menerima takdir? Kun Fayakun. Jika itu adalah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz siapa dia untuk menidakkan?

"Assalamualaikum, zaujah saya." - Waldan

"Abang, abang sayang saya tak?" - Khawla

Tidak ada rumah tangga yang sentiasa bahagia hingga ke hujungnya jika tidak diuji. Mereka diuji dengan keselamatan Khawla apabila Suhaila iaitu kawan baik Khawla suatu ketika dahulu muncul. Kata orang, jangan berumah ditepi pantai jika takut dibadai ombak. Samalah seperti alam perkahwinan. Jangan berkahwin kalau takut nak selesaikan masalah yang besar lagikan rumit. 

"Suami kau tu sebenarnya tak baik. Tengoklah apa dia buat belakang kau." - Suhaila 

"Jauhkan diri kau daripada Waldan." - Arik Nasr

Adakah Khawla mempercayai kata-kata dusta daripada Suhaila? Atau dia percayakan suaminya? Atau dia memilih untuk melarikan diri daripada masalah?
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐅𝐚𝐭𝐡𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐧 | ON GOING to your library and receive updates
or
#11shefellfirst
Content Guidelines
You may also like
𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂 by _erish_
56 parts Complete
"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu" Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Abangnya menjaga dan mendidiknya dengan cukup baik sehingga kisah cintanya bersama kekasihnya juga dihalang. Tapi abangnya, Haidar hanya mahu yang terbaik buatnya, bukan? Jejaka yang penuh kesempurnaan itu akhirnya jatuh cinta? Pelik! Muhammad Redza, jejaka yang dikatakan sempurna pada mata semua orang. Bukan saja tampan, sekali dengan pakej kuat agama! Jejaka yang baru menghabiskan pelajarannya itu sudah jatuh cinta dengan seorang gadis lepasan SPM a.k.a adik kawan baiknya. "Perempuan ni tunang aku tau." - Muhammad Redza "Abang Ja merepek apa?" - Khadeeja Marrysa Dia dipaksa kahwin hanya kerana dia hampir tewas pada tangan seorang lelaki yang salah. Tapi bukan pada Redza. Dia lah orang yang paling bahagia apabila dipaksa kahwin dengan Khadeeja. Tapi satu hal yang mereka lupakan adalah Haidar Marziq. Jejaka itu keseorangan selepas dia melepaskan adik perempuannya untuk pergi ke sisi suami. Dan satu hal yang paling dia benci adalah ibu kandungnya sendiri. "Kau jagalah bini kau elok-elok. Dia tak perlukan aku dah... Tugas aku dah tamat, Ja. Kau bahagiakanlah mak mentua kau." - Haidar Marziq "Abang buang Deeja?" - Khadeeja Marrysa "Kau tanya diri sendiri... Siapa buang siapa?" - Haidar Marziq Semuanya berubah lebih teruk apabila satu kejadian menimpa ibu dan adik perempuan Redza. Dia sering terikut emosi sehingga dia lupa, ini adalah ujian daripada-Nya. "Jangan hidup dalam masa lalu, Muhammad Redza." - Khadeeja Marrysa "Dorang amanah daddy pada abang, Deeja..." Muhammad Redza Semuanya kembali pulih apabila rezeki datang berlimpah-limpah pada keluarga kecil itu. Rezeki tak pernah salah alamat. Kebahagiaan kali ini tidak terbatas. Tiada lagi tangisan Redza mahupun Khadeeja. Tapi sampai bila mereka perlu hidup bahagia tanpa derita?
Thaqeef Wadid : His Heart | C by Taniawatz
18 parts Complete
𝓣𝓱𝓪𝓺𝓮𝓮𝓯 𝓦𝓪𝓭𝓲𝓭 × 𝓣𝓪𝓷𝓲𝓪 𝓐𝓵𝔂𝓼𝓼𝓪 "ₗᵢ𝒻ₑ 𝓌ᵢₜₕ ᵧₒᵤ.ᵢₜ'ₛ ₕᵤᵣₜ. ᵦᵤₜ, ᵧₒᵤ 𝒸ₐₙ ᵤₙ𝒹ₑᵣₛₜₐₙ𝒹" "No,i can't understood!!" Keluarga bahagia yang mementingkan keselesaan. Tania Alyssa,seorang gadis yang sopan.Wanita ini dibimbing hingga mencapai kejayaan.Sifat didalam dirinya ingin berdikari.Ingin menjaga kedua ibu bapanya setelah menganjak usianya. Thaqeef Wadid,anak pertama keluarga Harith Thaqeef.Lelaki ini dingin dan tiada senyuman dimukanya. Kehadiran Tania,membuat dirinya ingin bersamanya.Namun,setiap rumah tangga ada ujiannya tersendiri. Tidz Syakir,anak angkat Thaqeef.Tania mulanya tidak menerima kehadiran budak ini.Setelah mendengar cerita sedih itu,Tania merasa bahwa Tidz perlukan seorang ibu. Setiap rumah tangga mesti ada penyondol.Namun,tidak bagi keluarga kecil ini.Tania memutuskan ingin pergi dari dakapan Thaqeef bersama Tidz Syakir. "Tidz,okay?" -Tania Alyssa 5 tahun menghilang kini dia kembali.Serupa namun berbeza. "Heart!" -Thaqeef Wadid "My name is Tiara Alyssa" -Tania Alyssa Hari berganti hari,rahsia terbongkar jua.Penyamaran Tania sudah diketahui Thaqeef. Mereka kembali bersama seperti dulu? Atau..meneruskan perpisahannya? Tanpa dia ketahui kehadiran anaknya.Thaqeef Arshad.Nama yang diberikan oleh Tania. "Sayang terpaksa sorokkan daripada abang" - Tania Alyssa "I will show you,my heart is broke" -Thaqeef Wadid Song>> Setia
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
45 parts Complete Mature
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
[C] Cinta Awak SEPENUHNYA by Leavytyah
26 parts Complete
Sifat yang dahulu berubah menjadi sifat dingin dan suka buat masalah di sekolah. Hanya kerana kehilangan orang yang tersayang perubahannya amat ketara. Khalish Nifail, menyalahkan diri sendiri dan juga ayahnya kerana kematian orang tersayang. Naifah Aunni sesorang gadis lemah-lembut yang terpaksa berkahwin dengan Khalish atas dasar syarikat. Pada mulanya, dia menolak tapi apakan daya perasaan cinta dan sayang mula menyerubungi hati. Hampir setiap minggu Naifah Aunni terpaksa menjadi saksi untuk pergaduhan Khalish. Tapi sifat Khalish membuatkan hatinya terpaut padanya. Tidak untuk Khalish, dia tidak menganggap Naifah sebagai isterinya. Dia telah bersumpah bahawa dia akan buat hidup Naifah Aunni terseksa. Walaupun sudah bertahun-tahun orang yang di sayang pergi, tapi dia tetap menyayangi dan tidak membenarkan Naifah mencuri hatinya. Tapi adakah itu penghalang untuk Naifah? Tanpa disangka musuhnya kembali untuk menuntut kematian adiknya. " kau tak boleh gantikan dia dalam hidup aku! " - Khalish " siapa dia awak? Saya ni penghalang untuk awak bersama dengan dia ke? Kalau ya, saya akan undurkan diri" - Naifah " kau tak ingat apa yang kau buat dekat adik aku? Sampai dia mati?"- Fahmi " Kau ni bukan taste dia. Ada hati kau nak rapat dengan dia? Excuse me! Cermin dulu! Huh !" - Qailiya MAMPUKAH RUMAH TANGGA MEREKA BERTAHAN??? MAMPUKAH NAIFAH MENGUBAH SUAMI DIA?? MAMPUKAH NAIFAH MENCURI HATI KHALISH? ADAKAH KHALISH MEMBUKA HATINYA UNTUK NAIFAH? ADAKAH SEMUANYA AKAN BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN? Haaa nak tahu bacalah aduhhhh baca okayy! Start: 31122021 End: 21012022
Dedicated To Wife ✓ by stargazell
54 parts Complete Mature
COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun annoying. Buku kedua tetapi boleh dibaca sebagai stand alone. Buku pertama sudah diunpublish. Enjoy your reading! 🦋🦋🦋 Tujuh tahun telah berlalu, namun hati masih lagi terpaut pada Farhan. Untuk mencari lelaki lain, tidak pernah terlintas dalam hati. Saat Syuhada mula redha, kehadiran si dia kembali mengoyahkan perasaannya. "Tadi Syah jumpa papa!" - Syahadat "Syah mengarut apa ni? Mana ada papa. Papa dah meninggal tujuh tahun lepas." - Syuhada "Betullah. Tadi papa bagi Syah gula-gula ni." - Syahadat Syuhada naik bingung. Entah gerangan mana yang sanggup mengaku dirinya sebagai papa Syahadat. "Sorry puan. Bukan saya suruh dia panggil saya papa tapi dia tiba-tiba datang, peluk dan jerit nama papa. Saya jadi kesian, saya iyakan saja apa yang dia cakap. Maaf kalau puan marah dia panggil saya papa." "Memang saya angin! Tak ada ribut tak ada apa, mengaku--" Ayat Syuhada tergantung sebaik dia berpaling untuk berhadapan dengan lelaki yang mengaku diri sebagai 'papa'. Farhan. Satu nama terlintas. Wajah di hadapannya kini saling tak tumpah seperti wajah Farhan cuma kini sedikit berjambang nipis. Namun, masih tidak lari dari wajah Farhan. "Puan okay tak?" Syuhada pantas mengucap. Dia terus menarik Syahadat berlalu meninggalkan lelaki tadi terpinga-pinga. Panggilan dari si dia turut diabaikan. Seluruh hatinya bergetar. Adrenalin mengalir laju. Cerebrum tak mampu menghantar impulse yang betul ke seluruh badan. Dia yakin dia bermimpi. Banyak kali dia ingatkan kepada diri sendiri bahawa Farhan telah tiada sejak tujuh tahun. Mana mungkin lelaki itu adalah Farhan. "Farhan." "Siapa? Saya? Nama saya bukan Farhan. Saya Aizat Uqaish." Syuhada tak pasti apa pula rancangan Tuhan untuknya. Hadirnya lelaki bernama 'Aizat' ini kembali mengetuk pintu hatinya yang sudah lama menyepi tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami. HIGHEST ACHIEVEMENT: #6 in romance
You may also like
Slide 1 of 7
Will You Be My Haura? cover
𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂 cover
Thaqeef Wadid : His Heart | C cover
SAAT CINTA TERCIPTA (C) cover
BOS A.K.A SUAMIKU cover
[C] Cinta Awak SEPENUHNYA cover
Dedicated To Wife ✓ cover

Will You Be My Haura?

69 parts Complete

"Mendoakanmu adalah satu-satunya caraku memelukmu dari jauh. Kerana cinta adalah doa." Ara, gadis jahil yang pernah jauh dari Tuhan. Aisya, gadis yang pernah dibenci tanpa alasan, menyimpan luka kemurungan dan rahsia masa lalu. Pertemuan mereka membentuk takdir yang tidak pernah diduga. Dari Aisya, Ara belajar mencari Tuhan. Dari Wahyun, Ara mengenal apa itu erti setia. Dan dari Hafiyy, Ara belajar bahawa ada cinta yang hadir dengan kesabaran, meski tidak pernah dijanjikan balasan. Namun bahagia tidak mungkin dibina di atas tapak yang merekah. Ada rahsia lama yang terkubur, dendam yang masih bernyawa, dan kehilangan yang meragut nyawa; semuanya memporak-perandakan keluarga dan cinta mereka. Mereka bertanya, adakah takdir sedang menghukum, atau sedang menunjukkan jalan pulang? Tapi bagaimana jika jalan itu dipenuhi dengan silap masa lalu, luka yang belum sembuh... dan cinta yang terpaksa dikorbankan demi maruah dan nyawa? Kerana mereka fikir mereka tahu siapa yang berdosa. Tapi bagaimana jika setiap seorang menyembunyikan sesuatu?