Muhammad Amin Yusof seorang lelaki yang menghidap penyakit selepas berlakunya kejadian kemalangan kenderaan yang dipandu olehnya. Kini, hidup Amin kembali pulih namun tidak sepenuhnya. Hilang keupayaan untuk mengingati sesuatu perkara yang penting akan menghilangkan keyakinan Amin untuk melakukan pekerjaan. Kehadiran sahabat yang banyak membantu dirinya sama ada susah atau senang amat dia syukuri. Amin tidak akan hilang rasa syukur kepada Tuhan kerana memberinya peluang untuk hidup Dan berjuang denga lebih baik. Hidupnya dahulu sering berfoya-foya kini tidak lagi. Tan Sri iaitu bapa kepada Umayra, seseorang yang memberi amanah yang besar kepada Amin. Amin dengan kudrat yang ada akan dilaksanakan amanah itu hingga ke akhir hayatnya. Amin redha jika apa-apa yang berlaku atau nyawanya menjadi taruhan. Amin percaya ketentuan Tuhan akan memberi kebaikan kepada dirinya. Kehadiran Umayra sedikit sebanyak mengubah hidupnya. "Tak ada apa yang boleh pisahkan kita, melainkan kematian"- Amin
More details