Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis paling degil dan bermasalah di kolej.
"Nerd guy is so mystery. Aku suka benda-benda misteri ni," - TALITA
"Aku tak ada masa nak layan perempuan nakal macam kau ni," - QAISER
Di 'reject' oleh jejaka nerd di depan orang ramai? Talita tidak mengalah, dia mahukan lelaki itu. Kalau boleh dia nak buat kerja gila sehinggalah lelaki itu jadi miliknya.
"Kau fikir aku main-main? Aku serius nak dekat kaulah!" - TALITA
"Sudahlah, jangan ganggu aku." - QAISER
Siapa tidak kenal Talita? Perempuan paling nakal di kolej, sudah tentu perangainya juga macam setan. People call her troublemaker. Oleh kerana tergilakan mamat nerd itu, dia teruskan rancangan gilanya itu. Mulut orang tak boleh tutup, Talita pula jenis tak kisahkan cakap mulut orang. Dikejar jejaka nerd itu sampai dapat.
"Ini semua rancangan kau, kan?" - QAISER
"Shut shut! Jangan nak marah aku. I already told you that i want you to be mine, nerdy guy. Terima sajalah takdir yang sudah tertulis ni." - TALITA
Apa kerja gila yang Talita lakukan untuk dapatkan jejaka nerd itu? Adakah takdir mereka bersama selamanya atau semuanya hanya sementara?
START PUBLISHING: 15/01/2024
END PUBLISHING: ???
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi