We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
SHADOW REAPERS : HER PROTECTOR

SHADOW REAPERS : HER PROTECTOR

  • WpView
    Reads 2,133
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jul 22, 2026
WpInfo
Fiction
Historical
Tengku Zayn Adrean, seorang lelaki yang berkuasa. Dingin. Sukar dibaca. Terlalu berbahaya untuk didekati. Dalam dunianya, belas kasihan tidak pernah sekali wujud. Sekali seseorang berani mengkhianatinya, tiada istilah peluang kedua yang akan diberikan. Natalia Erisya, dilahirkan tanpa kehidupan yang indah. Sejak kecil menjadi mangsa kekejaman ibu tiri tanpa pengetahuan bapanya. Lebih menyedihkan, dia dijual demi wang ringgit sehingga terpaksa melarikan diri untuk mempertahankan maruah dan nyawanya sendiri. Takdir menemukan mereka dalam satu pertemuan yang langsung tidak dirancang. Pertemuan yang sepatutnya hanya berlaku sekali... rupa-rupanya menjadi permulaan kepada takdir yang sukar dipisahkan. Setiap kali Natalia Erisya berada di ambang bahaya, setiap kali itulah Tengku Zayn Adrean muncul menyelamatkannya. Seolah-olah takdir sengaja menemukan mereka berulang kali, sehingga Zayn sendiri tidak mampu lagi membiarkan gadis itu berdepan dunia yang kejam seorang diri. Tanpa mereka sedari, pertemuan itu bukan sahaja mengubah kehidupan Natalia... malah perlahan-lahan mengubah hati lelaki yang selama ini dikenali sebagai dingin dan sukar didekati. Sedikit demi sedikit, Natalia telah menjadi satu-satunya kelemahan yang tidak pernah dia jangkakan. "Touch her once... I'll make you pay a million times over." - Tengku Zayn Adrean. Namun, apabila masa silam Natalia kembali menuntut haknya, dan musuh-musuh Zayn mula menjadikan Natalia sebagai sasaran, Zayn hanya mempunyai satu pilihan... Melindungi wanita itu... walaupun seluruh dunia terpaksa menjadi musuhnya. "Aku tak pernah percaya pada takdir... sehinggalah takdir hantar kau dalam hidup aku." - Tengku Zayn Adrean. Bila si dingin mula jatuh cinta, tiada jalan untuk berpatah balik. Kerana dalam dunia Tengku Zayn Adrean... dia tidak pernah melepaskan apa yang sudah menjadi miliknya. "Once you're mine, you'll be mine forever." - Tengku Zayn Adrean. Amaran❗ ⚠️ pembacaan matang ⚠️ terdapat unsur kekerasan
All Rights Reserved
#4
royalty
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • C | mimpi indah
  • Our Fate
  • [C] Sketsa Sebuah Cinta
  • Luthfi's : Her Cruel Husband
  • THE LAST FLOWER
  • Mrs. Hayyan Luther [ C ]
  • AFWAN: Mine, Angel!
  • BE MY TESORO

Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022

More details
WpActionLinkContent Guidelines