Bukan Cinta Pertama

Bukan Cinta Pertama

  • WpView
    LECTURAS 841
  • WpVote
    Votos 17
  • WpPart
    Partes 2
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación mié, feb 8, 2023
WpInfo
Ficción
Romance
"Saya yakin satu hari nanti, pintu hati awak akan terbuka untuk saya." "Aku tak akan terbuka hati untuk kau lah. Kau hanya watak tambahan dalam hidup aku dan sekarang diri kau tak ubah macam sampah" Disebabkan dirinya ditinggal pergi oleh kekasih yang dia miliki selama tujuh tahun lamanya, dia disatukan dengan seorang perempuan yang tidak dia kenali dan tidak dia cintai. Perempuan yang merupakan sepupu tunangnya sendiri. "Kau setuju kahwin dengan aku sebab kau ingat aku akan layan kau macam puteri raja ke? Kalau itulah punca kau setuju kahwin dengan aku, kau silap besar sebab aku akan seksa kau cukup-cukup" Walaupun dihina dicaci Aryn tetap bertahan di dalam sebuah pernikahan yang dibina tanpa perasaan cinta. Demi maruah keluarga dia redha akan semua yang berlaku. Dia hanya mampu menganggap ini sebuah ujian yang diberikan untuknya. "Saya yakin balasan yang saya akan terima satu hari nanti adalah sesuatu yang terbaik untuk diri saya dan untuk dia" Pernikahan yang dia cuba pertahankan sehabis baik akhirnya sampai ke titik nokhtah apabila dia sudah tidak mampu untuk berjuang lagi. Perjuangan dia selesai setelah dia melihat kecurangan suaminya di depan matanya sendiri. "Saya dah tak mampu nak teruskan semua ni. Saya penat. Ini jalan yang awak pilih jadi izinkan saya untuk pilih jalan hidup saya sendiri" ❀ ❀ ❀ ❀ ❀ ❀ ❀ - Abusive - Mentally and emotionally unstable - traumatic experiences
Todos los derechos reservados
#2
painting
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • [COMPLETED] Bukan Suami Tipikal
  • KASHAF AMANI (SUDAH TERBIT)
  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • CINTA itu KEJAM
  • Hate Story... Can love be regained by the wall of hate?
  • Dia Untukku (C)
  • Till The Last Breath
  • She, My Exception
  • LAYAKKAH AKU

"Confirm single?" "H-hah?" Riak muka Ira ketara nampak terkejut dengan soalan yang sangat tiba-tiba itu. Dan kali ini mata Aryan bukan lagi pada android di tangan tapi sedang memanah ke arah mata Ira. Dua mata tertentangan buat seketika. Soalan Aryan beberapa saat lepas dicerna dan dihadam sebelum dia membalas, "Ya, single." "Confirm kau dah ready untuk berkahwin?" Rasa terkejut Ira naik lagi satu tahap. Sudah punya kerja yang agak stabil sebagai seorang engineer ditambah pula dengan umur yang menganjak ke angka dua puluh tujuh pada 31 Ogos lepas, ibu dan ayah rasa dia dah sesuai untuk berkahwin. Dan dia tak menolak pun saranan orang tuanya itu. Rasanya dia dah bersedia err... kot...? Bila Ira dilihat seperti mengelamun tanpa menjawab soalan tadi, Aryan bertanya lagi buat kali kedua. "Confirm... kau... dah ready... untuk... berkahwin?" Mungkin dia fikir Ira tak dapat mendengar dengan baik soalan pertama tadi jadi soalan kali ini disusun sepatah-sepatah. Muka manusia yang langsung tak ada senyum itu direnung dalam-dalam. Sambil dalam otak mula merangka apa jawapan yang mahu diberikan. Fikir punya fikir akhirnya dia menjawab, "Ya." Aryan tarik nafas panjang sebelum dihela bebas. "Okey..." Smartphone berjenama Samsung diletak atas meja depan dia. Kedudukan kaki dibetulkan. Dari bersandar tenang, tubuhnya diubah ke posisi menegak. Mata Ira dia tatap. "Okey, babak blind date dah settled. Kau dah tengok aku. Aku dah tengok kau. Kau single, aku single. Kau tak nampak macam nak membantah dan aku pun tak terfikir untuk membantah jadi... bulan depan ikut plan our family 26 November kita nikah." Kata Aryan seraya berdiri dari kerusi. Smartphone diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berpaling ke belakang. Sebelum menapak ke arah pintu rumah dia menokok, "Thanks and dismiss." "Uh-oh!!? Macam tu je? Like seriously!?" ***

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido