"Saya nak minta encik untuk bertanggungjawab atas apa yang jadi malam tu."
"Saya takde pun sentuh awak atau kita ni terlanjur ke apa."
Kerana salah faham itu, majlis nikah ERENA dibatal oleh tunang tersayang. Terdesak, dia mencari lelaki yang menjadi punca kepada segala masalah.
"Saya cuma nak encik kahwin dengan saya. Saya janji saya tak akan tuntut apa-apa. Cukup setahun encik lepaskan saya. Atau encik nak cerai saya malam nikah tu pun saya sanggup."
"Hal kahwin awak jangan buat main. Kahwin ni bukan untuk cerai."
Tolak. Itu keputusan RIZQ. Mana mungkin dia terima ERENA kerana dalam hati hanya ada satu nama iaitu SYAFA, arwah isterinya. Tapi kerana satu janji ERENA, keputusan mula diubah.
"Saya tak mampu layan awak sebagai isteri. Saya boleh bagi nafkah bulanan pada awak, tapi untuk sayang, cinta atau bagi nafkah batin saya tak boleh."
Setuju! Apa saja syarat yang RIZQ letak ERENA akan ikut. Janji mereka kahwin. Tapi bila sudah hidup bersama, lain pula jadinya. RIZQ yang betul-betul menjaga batas agar mereka tidak terbabas dalam perhubungan mula buat ERENA langgar janji. RIZQ digoda!
"Buat apa saya nak malu kalau saya tahu suami saya takde nafsu pada saya."
"Your body memang menarik, tapi tak cukup untuk buat saya tertarik. Kita baru kahwin. Dan mungkin sekarang awak dah ada rasa nak dibelai suami. Tapi sorry, saya tak boleh layan nafsu awak. Jangan salahkan saya sebab saya dah cakap awal-awal"
ERENA gagal. RIZQ betul-betul menjaga keimanannya.
"Touch me. Jalankan tanggungjawab awak sebagai suami saya."
"Jangan bagi diri awak nampak murahan."
Dan saat itu ERENA sedar, cinta itu hanya dia yang rasa.
"Tell me, macam mana saya nak buang perasaan ni? Lepas awak sentuh saya, takkan sikit pun takde rasa cinta untuk saya?"
"Ada baiknya saya lepaskan awak."
Dua pilihan. Teruskan bertahan atau melangkah pergi. Dan apa pilihan yang akan dibuat ERENA?
Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu indah tanpa sedar Ayreen jatuh cinta pada Ezran namun dia memendam perasaan itu kerana tidak mahu persahabatan mereka hancur.
Sehingga usia mereka 16 tahun, muncul Hanna dalam hidup mereka. Perasaan Ezran sewaktu pertama kali melihat Hanna entah kenapa hatinya berdegup kencang, jiwanya tenang melihat wajah jelita milik Hanna.
Sebagai seorang sahabat yang akan sentiasa kekal menjadi sahabat Ezran. Ayreen menjadi saksi percintaan mereka dari bangku sekolah sehingga ke jinjang pelamin
"aku doakan kau sentiasa bahagia walaupun bukan dengan aku, Ezran Haq" Ayreen melangkah pergi meninggalkan majlis Ezran sekaligus meninggalkan kehidupan yang di penuhi kenangan bersama lelaki itu. Dia harus berhijrah ke tempat lain, lelaki yang dia sayang selama ini sudah berada di tangan yang tepat.