Cinta Garapan Tuhan
  • Reads 50
  • Votes 7
  • Parts 3
  • Reads 50
  • Votes 7
  • Parts 3
Ongoing, First published Feb 11, 2023
Ahmad Danial. Takdir hidupnya penuh dengan pelbagai simpang dan onak duri. Kehilangan kedua ibu bapa ketika dirinya masih kecil dan membesar di rumah anak yatim begitu memberi kesan yang mendalam. Namun atas usahanya sendiri dia berjaya menjadi usahawan setelah pelbagai rintangan dihadapi. Dia tidak menyangka disaat dia hidup di dalam dunia penuh kegelapan, dia bertemu dengan cahaya yang sudah sekian lama dicari.

Nur Sarah. Seorang balu dan mempunyai seorang anak lelaki. Ketika dia baru saja mahu menganyam kebahagian, suaminya telah pergi dijemput oleh Ilahi. Kehilangan suaminya di dalam satu tragedi langgar lari membuatkan hidupnya hampir hancur berkecai. Kerana anak yang masih kecil, dia tetap meneruskan kehidupan walaupun di dalam dirinya dia sudah lama mati.

Atas takdir Tuhan, mereka berdua dipertemukan di dalam suatu perjumpaan yang tidak disangka. Sarah beranggapan itu cumalah satu pertemuan yang biasa berlaku di dalam kehidupan manusia. Namun tidak bagi Danial apabila buat pertama kalinya di malam itu dia berjumpa dengan wanita yang selama ini cuma hadir di dalam tidurnya. Dia yakin pasti wanita itu adalah kunci jawapan kepada segala persoalan. Namun setelah dia mengetahui segala jawapan, hatinya mula berbelah bahagi samada dia perlu menurut rasa cinta atau mengakui kesalahan yang pernah dilakukan suatu masa dahulu.

"Jika benar ini adalah takdir yang tertulis untukku, jadikan aku hamba yang redha dengan ujian mu ya Allah"- Nur Sarah

"Ya mungkin aku adalah seorang pembunuh namun izinkan aku untuk menebus segala dosa" - Ahmad Danial
All Rights Reserved
Sign up to add Cinta Garapan Tuhan to your library and receive updates
or
#160bahasa
Content Guidelines
You may also like
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
22 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 10
Mi Cariño cover
UNKNOWN  cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓  cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
GHAZI UQAYL cover
Kerana Dendam cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
Duri di antara kita | OG cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover

Mi Cariño

7 parts Ongoing

Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine