Story cover for Kuntuman Mawar Milikku (Terbitan Fajar Pakeer 2023) by nurshaza
Kuntuman Mawar Milikku (Terbitan Fajar Pakeer 2023)
  • WpView
    Reads 1,217
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 10
  • WpView
    Reads 1,217
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 10
Ongoing, First published Feb 26, 2023
✿ KUNTUMAN MAWAR MILIKKU ✿

Dia percaya kesetiaan membawa maksud ketulusan untuk menyimpan satu hati dan berjanji untuk tidak mengkhianati.

"Abang sayangkan Haura. Abang tak tipu...." - ZAWWAR FAKHRI

Ternyata kesetiaannya bagaikan bertepuk sebelah tangan. Pengakuan Fakhri sama sekali tidak dapat menembus akal fikirannya. Haura tekad untuk keluar dari kepompong kesetiaaannya.

Setiap kali dirinya terperangkap dalam sarang kesedihan, hadirnya si mawar putih bersama sekeping kad kecil yang tertulis dengan tulisan tangan bernama Gizemli Adam. Sekuntum mawar putih itu ibarat penawar hatinya. Biarpun, terselit tanda tanya.

Siapakah pemilik nama Gizemli Adam ini?

Jawapan tidak diperolehi, muncul pula seorang jejaka yang tak pernah disangka membuatkan dia sedar yang kumbang bukannya sejenis.

"Jangan menangis. Aku tak boleh tengok bila seseorang menangis kerana disakiti lelaki yang tak tahu nak menghargai nilai kesetiaan seorang perempuan." - AIDIN YUSUF

Ungkapan tersebut seakan-akan membelai laranya. Personaliti Aidin Yusuf menyemarakkan rasa kelainan di hati Haura setiap kali mereka bersama. Patutkah dia membiarkan perasaan aneh itu bercambah?

Ketika luahan hatinya terbalas, wujud pula rasa sangsi dek kisah silam yang sukar untuk diluputkan.

"Saya takut dikecewakan buat kedua kali. Nak tanggung perit tu bukan senang. Tak semua orang boleh move on macam tu saja. Makan masa." - HAURA KAYYISA

Wajarkah Haura memberi peluang kepada Yusuf untuk menakluki hatinya?

Benarkah Yusuf boleh membawa dia ke garisan kebahagiaan yang sebenar?

Adakah dengan mengharungi ujian-ujian itu, dia akan menggapai kebahagiaan yang didambakan selama ini?

Tersenyumlah, walau hati sedang terluka kerana Dia sudah menjanjikan keindahan yang jauh lebih baik daripada segalanya.
All Rights Reserved
Sign up to add Kuntuman Mawar Milikku (Terbitan Fajar Pakeer 2023) to your library and receive updates
or
#2mawar
Content Guidelines
You may also like
Aku Bulan Dia Bintang by anarif
26 parts Complete
DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARIN, diketemukan dan dikehendaki 'bertugas' selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar 'Tengku', ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! "Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah." "Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! "Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk." "Menjawab! Apa tugas awak sekarang?" Darin diam. "Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?" Darin garu kepala. "Erm, jurnalis." "So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?" "Hmm, tadah telinga dengar awak marah." Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia. APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial? ***************** Novel ketiga Anarif dan yang pertama diterbitkan oleh Intens Idea International (Fauziah Ashari, Ombak Rindu) bakal berada di pasaran bulan Februari 2016. Bab yang dipaparkan cuma preview kepada bab asal dalam versi cetak. Dilarang menerbitkan semula mana-mana bahagian dalam bentuk apa sekalipun.
1.1 BIDADARI © by blxckcoffee_
117 parts Complete Mature
[ YUSOF AYSAR X KHAIRIN ALANA ] 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 : 1 Dek perubahan sikap mendadak yang dialami Yusof Aysar, dia dipaksa untuk berkahwin dengan Khairin Alana, gadis yang dia tidak pernah tahu akan kewujudannya. Pastilah dia memberontak kerana dia sudah punya kekasih di sisinya. Amarah dalam hati kian membara apabila kekasihnya itu dituduh sebagai punca perubahan sikapnya. "For the last time, Yusof akan dengar cakap mama dan papa. Tapi Yusof tak akan sesekali tinggalkan Bella" Tatkala akad dilafazkan, bibir Yusof sendiri mengungkapkan janji bahawa Alana akan menderita hidup dengannya. Pandangannya penuh dendam kerana baginya, Alana punca hidupnya tak bahagia. "Jangan sesekali kau ambil tahu pasal urusan aku. Apa aku buat, dengan siapa aku keluar, apa pekerjaan aku, kau tak perlu tahu" "Kau tak layak" Hari demi hari berlalu, hubungan cinta Yusof yang terputus merubah keadaan lelaki itu. Dia yang dahulu sangat bencikan isteri sendiri, kini dambakan perhatian gadis halalnya itu. "Pergilah tidur dalam bilik awak. Sini panaslah" "Awak..." "Baca jelah. Aku tak ganggu kau" Tipulah jika Alana katakan yang dia tidak bahagia. Luka jiwa dan raga seperti terubat sekelip mata apabila hidup mereka mula berjalan seperti pasangan suami isteri yang biasa. "Gurau apa gurau? Pergi tidur sebelah! Tindih-tindih orang. Awak ingat awak tu ringan ke? Berat macam bapa gajah" "Aku bapa gajah, kau mak gajah. Baru sweet" Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kerana sayang dan cintanya pada si suami, Alana terpaksa ambil keputusan yang memakan dirinya sendiri. "Aku perlukan kau, sayang" Saat ini, Yusof sangat menyesali setiap satu perbuatannya pada Alana. Biarkan gadis itu sudah memaafkannya, namun kifarah daripada Tuhan itu sentiasa menanti dirinya. Sakit, namun demi cinta, dia sudi tadahkan segala ujian yang menimpa. repub start : 23 April 2025 end : 1 Mei 2025 status : completed
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 by utieyab
41 parts Complete
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah-lembut dan merupakan anak yatim piatu. Dia mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Siti Kasirah. Namun, sikap mereka tidak sama. Seorang baik dan seorang jahat. Kakaknya berkhawin dengan anak orang kaya dan lupa akan adik kandungnya sendiri. Gadis itu dibiarkan bersendirian di kampung tanpa menjenguknya. Nurul hidup berdikari tanpa ada kakak kandung disisi. Penderitaannya mulai bertambah bila dia berkahwin dengan lelaki bernama Adyan. Lelaki yang membencinya atas sebab tertentu tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan dan akhirnya dia diceraikan. Tetapi, disebalik satu kejadian yang menyebabkan dia terpaksa bersatu dan berkahwin lagi dengan seorang lelaki yang tidak menyukainya sama sekali. Lelaki tersebut bernama Syed Arnizam. Dia dilayani dengan kasar oleh lelaki itu. Hidup Nurul menderita bersama lelaki tersebut. Dia tidak pernah merasakan apa itu kasih sayang seorang suami. Perasaan yang sama dia rasakan bersama bekas suaminya, Adyan. "Macam mana kau boleh kenal dengan keluarga aku?" - Syed Arnizam. "Saya tak kenal pun keluarga awak. Semua yang berlaku ni bersebab." - Nurul Adawiyyah. Kehidupan Nurul dipenuhi dengan pelbagai dugaan. Setiap hari pasti ada kata-kata yang menyakitkan hati dilontarkan oleh Syed kepadanya. "Kau jangan bermimpi yang aku ni terima kau jadi menantu aku." Datin Mirah. "Kau cuma perempuan simpanan aku je! Kau tu cuma isteri atas kertas. Sedar diri sikit." - Syed Arnizam. "You ni siapa? Macam mana you boleh ada dekat rumah boyfriend i?" - Fryceyla. "Kau jangan berani beritahu dekat orang lain yang kau tu isteri aku yang sah!" - Syed Arnizam. Hati Nurul semakin lama semakin terluka dengan sikap suaminya ditambah dengan ibu mertuanya yang tidak pernah menyukainya. "Maafkan saya, awak. Saya tak dapat nak teruskan hubungan ni." - Nurul
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
37 parts Complete
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
THE ONE [C] by DaisyIntrovert
63 parts Complete Mature
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Kena baca Eternity Love dulu baru faham jalan cerita ni nanti 😘 •Macam biasa, jangan letak expectation tinggi sebab plot cerita ni cliche sangat 🤭 Dari cinta monyet bertukar jadi cinta pertama. Dia percaya kalau cinta monyetnya itu akan menjadi yang pertama dan terakhir untuknya. Siapa sangka mereka akan bertemu kembali. Adelia mula menunaikan janjinya. " Hai Kekanda, miss me? " - Tengku Adelia Hannani Adelia mula merangka rancangan untuk mengikat kekanda yang dia tunggu selama ini. "Wa lā taqrabuz-zinā innahụ kāna fāḥisyah, wa sā'a sabīlā " - Nazeem Zulfaqar Tersentap? Tidak! Adelia, semakin dilarang semakin mendekat. Baginya, sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Begitu juga dengan hati kekandanya itu. " Jangan tolak sangat kekanda, takut tersungkur ke hati adinda " - Tengku Adelia Hannani " Ni baju umur 5 tahun ke? Sendat macam nangka busuk. Sakit mata aku tengok. Badan tu kalau cantik nak tayang, tak apa juga " - Nazeem Zulfaqar Sakit mata? Tak ada masalah. Adelia boleh mengubah penampilannya demi kekandanya. " Cantik tak adinda? Elok tertutup dengan telekung ni. Memang confirm tak nampak apa dah. Semua dah tertutup demi kekanda " - Tengku Adelia Hannani Wanita itu, ada saja cara untuk counter balik sehingga Nazeem mati akal. Mampukah Nazeem pertahankan tembok yang dibina untuk menolak Adelia yang agresif mengejarnya itu?
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
28 parts Complete
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
You may also like
Slide 1 of 10
Aku Bulan Dia Bintang cover
DIA YANG KU NANTI cover
Bukan Untuk Dimiliki cover
1.1 BIDADARI © cover
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 cover
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED] cover
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 cover
THE ONE [C] cover
Berikan Aku Peluang Kedua Sayang... cover
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ cover

Aku Bulan Dia Bintang

26 parts Complete

DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARIN, diketemukan dan dikehendaki 'bertugas' selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar 'Tengku', ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! "Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah." "Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! "Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk." "Menjawab! Apa tugas awak sekarang?" Darin diam. "Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?" Darin garu kepala. "Erm, jurnalis." "So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?" "Hmm, tadah telinga dengar awak marah." Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia. APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial? ***************** Novel ketiga Anarif dan yang pertama diterbitkan oleh Intens Idea International (Fauziah Ashari, Ombak Rindu) bakal berada di pasaran bulan Februari 2016. Bab yang dipaparkan cuma preview kepada bab asal dalam versi cetak. Dilarang menerbitkan semula mana-mana bahagian dalam bentuk apa sekalipun.