Atas desakan Tok Ayah, Tan Sri Hamdan, Mateen Amadi terpaksa mencari wanita untuk dijadikan sebagai isteri. Dia harus melangsungkan perkahwinannya sebelum bulan puasa tiba. Jika tidak, Tok Ayah mengugut untuk menyerahkan semua harta kepada sepupu a.k.a musuh ketat Mateen. Sebelum bulan puasa? Gila! Ini bermakna dia hanya ada tempoh selama satu bulan sahaja lagi. Sebulan? Macam mana dia nak cari calon isteri dalam jangka yang sesingkat itu? Sudahlah dia tidak mempunyai teman wanita. Nasib menyebelahi Mateen tatkala diri dalam kecelaruan apabila pembantu peribadinya merayu agar Mateen sudi untuk meminjamkan wang syarikat demi membiayai kos rawatan sang ayah. "Saya perlukan duit. Harap tuan dapat bantu saya. Tuan boleh potong gaji bulanan saya secara ansuran." -Aira Qaisara Maka, bermulalah misi Mateen dalam mengugut Aira untuk menjadi isterinya. Harta Tok Ayah harus menjadi milik dia! "I give you money and you will be my wife. Deal?" -Mateen Amadi Akibat terdesak, Aira terpaksa bersetuju bagi menyelamatkan nyawa sang ayah. Ini saja jalan pintas yang dia ada. "Berapa lama saya kena jadi isteri tuan?" -Aira Qaisara "Sampai semuanya selesai. Lepas atuk dah turunkan semua harta atas nama saya, baru kita bincang pasal ni. Tapi sepanjang tempoh awak jadi isteri saya, saya mengharapkan awak untuk jalankan tugas awak selayaknya seorang isteri dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami." -Mateen Amadi Apakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta akan tamat sesudah semuanya selesai? Atau mahligai mereka akan kekal apabila bait-bait cinta mula muncul dalam hati mereka. Namun baik Mateen mahupun Aira, kedua-duanya memendam rasa. Bagaimanakah pengkakhiran kisah mereka nanti?All Rights Reserved
1 part