Akasia; Sebuah Cereka

Akasia; Sebuah Cereka

  • WpView
    LECTURES 51
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Chapitres 10
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication dim., mars 5, 2023
WpInfo
Fiction
Fantasy
"Pelik, bukan? Bagaimana pelajaran boleh membuatkan seseorang itu retak?" Di bawah pemerintahan Kerajaan Kanigara, letaknya Akademi Akasia sebagai kebanggaan watan itu. Sesiapa yang diterima masuk ke Akademi Akasia dan menetap di Wilayah Akasia bagaikan memenang loteri. Bagi mereka, penuntut Akasia membawa tuah kepada keluarga. Tetapi tiada siapa tahu, dalam Wilayah indah itu, tersimpan beribu perkara yang membungkam hatinya. Meskipun bergelar penuntut Akasia, separuh dirinya mati. Ad senyum setiap kali hal itu dibicarakan. Dalam hatinya, dia tahu ianya bukanlah pelajaran yang menyebabkan keretakan ke atas dirinya. Pelajarannya yang merudum hanyalah 'side effects' daripada perkara yang berlaku padanya. Khai meneliti wajah Ad dalam-dalam. "Ad?" "Hm?" "Ada apa-apa yang menganggu kau ke dekat Akasia?" Senyap. Untuk kesekian kalianya Ad mengeluh. Tangannya dikepal. "Dekat Akasia, ada sistem berpaksikan lencana. Lencana Cendana dimana- sesiapa yang melepasi syarat tak bertulis dan disukai ramai, akan dapat lencana ini. Mereka akan disanjung, dipuja-puji sentiasa. Semua orang berebut untuk digelar Cendana, kerana kalau tak dapat mereka akan digelar Layu. Seperti namanya Layu- layu, kering dan kecut, tidak berseri dan tidak segar lagi. 'Layu' akan dibuang dan tak dipedulikan." Aku rasa penat. Keadaan aku dekat Akasia, kalau nak diberi perumpamaan, seolah-olah semua orang berkejaran. Semua orang kejar sesuatu, dan aku tertinggal di belakang, kerana langkah aku tak panjang seperti mereka, aku lambat dan aku tercungap-cungap untuk ikut kelajuan mereka. Aku seperti tergapai-gapai dibelakang mereka, mengharapkan mereka akan pusing dan perasankan aku yang lemas kat belakang. Tapi tiada seorang pun yang pusing dan beri tangannya pada aku, Khai. Dan aku penat, aku cuma nak berhenti dan tarik nafas tanpa rasa ketinggalan."
Tous Droits Réservés
#288
fiksyen
WpChevronRight
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • DAHAGA | COMPLETE
  • [OG]  Alaskandila
  • Bukan Fantasi
  • ONCE AGAIN BY T. NOIRE
  • Kehadapan Kamu..
  • Suami Ku Ketua Pengawas

Tiada yang lebih indah dalam perhubungan selain persahabatan. Orang yang sentiasa ada apa jua keadaan. Itulah yang berlaku antara Azli, Azam dan Izam. Tiga orang pelajar kolej juga sahabat tiga serangkai. Namun, bukan itu fokus utamanya. Kehidupan normal mereka berubah 180 darjah bila berlaku kejadian matinya seorang pelajar dengan cara yang begitu ngeri. Mati seperti diserang makhluk buas yang tidak diketahui identitinya. Keadaan bertambah buruk apabila kolej perempuan pula yang diserang hingga mengorbankan lebih banyak mangsa. Satu dunia heboh! Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa pelaku dan makhluk apa yang dikhabarkan itu? Tiada siapa dapat memastikan. Oleh itu, Azam, Azli dan Izam hanya mampu menjaga antara satu sama lain. Ada rahsia yang mereka ketahui tapi mereka sembunyikan. Pengkhianat mungkin ada di kalangan mereka semua. (Azli ) -- Aku harap Azli dah tak merayau lagi malam-malam buta seperti semalam. Silap hari bulan, dia pula jadi mangsa. (Azam) -- Aa..ada sebab aku menolak perkara itu. Aaa...aku tau kau seorang yang fanatik dengan penyelidikan. Fanatik terhadap ilmu sains. Kau psiko! (Azli) -- Percayakan aku Azam! Aku tak sedar! Bukan aku! Tolong, aku tak nak mati lagi! Aku tak bersalah! Mana yang salah? Siapa yang terjebak? Khianat siapa? Semuanya akan terjawab. #Dilarang Menciplak# #Complete #shortnovel

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu