Sarah Sajeedah, nama yang sangat tidak asing dalam hidupku. Dia, wanita kuat yang telah berjaya mendidik dan menjaga aku agar tidak menjadi lelaki sampah yang tuli dengan kesalahan sendiri. Aku bangga, bangga kerana aku ada bersama melihat dia bangkit dan terus melangkah hingga pada akhirnya aku perlu percaya kalau takdir tertulis itu nyata. Namun, aku jadikan kesedihan dan linangan air mata kerinduan sebagai kekuatan untuk aku terus menghasilkan karya ini.
" Ajiq janji dengan mama, Ajiq akan sentiasa ada dengan mama.....sampai hujung nyawa Ajiq " - Raziq Ibrahim