16 parts Ongoing Mature"Siapakah penjahat sebenar?"
Dia jarang tersenyum, tapi bila senyumannya muncul, ia bukan senyuman biasa. Senyuman itu penuh makna-seolah-olah dia sudah tahu sesuatu yang orang lain belum sedar. Suaranya rendah dan tenang, dengan nada yang jarang sekali meninggi, cukup untuk membuat orang dengar dan tunduk tanpa perlu paksaan.
Zayn bukan jenis yang cepat mesra, tetapi dia punya sekumpulan kecil kawan rapat yang tahu bahawa di balik sikap dinginnya, tersimpan jiwa yang kompleks dan tajam. Dalam begnya, selain buku fail, ada sebuah buku nota kecil yang penuh dengan coretan rancangan dan strategi hidup-bukti dia bukan hanya bertahan, tapi merancang untuk menang dalam permainan yang lebih besar.