Hate Love Story [C]
  • Reads 194
  • Votes 14
  • Parts 28
  • Reads 194
  • Votes 14
  • Parts 28
Complete, First published Mar 13, 2023
Ziad Darwisy | Nur Eva Radhwa

Jatuh cinta kepada seseorang itu lumrah kehidupan. Mengisahkan seorang gadis, Nur Eva Radhwa yang jatuh cinta dengan rakan seusia nya. 

Perwatakan mereka berdua yang berbeza seperti langit dengan bumi sedikit menyukarkan Eva untuk mencintai Ziad Darwisy dengan tulus. Hatinya sentiasa berbolak-balik mengikut situasi. Terkadang cinta, terkadang tidak. Terkadang rindu, terkadang rimas. Terkadang blushing, terkadang ingin menjauh.

Ziad Darwisy. Seorang lelaki yang sangat setia kepada Eva. Baik hati, soft spoken dan sweet talker membuatkan Eva jatuh hati kepadanya. Namun, sifatnya yang cemburu buta menyakitkan hati Eva. 

Perkenalan antara dua individu ini bukanlah seperti pasangan lain yang bermula dengan kemanisan. Mereka berdua ini seperti anjing dengan kucing. Ada sahaja benda yang tidak puas hati. Sorang keras kepala, sorang lagi tidak mahu mengalah. 

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni?" - Eva Radhwa

"Kau yang suka cari pasal dengan aku lepastu nak salahkan aku. Banyak cantik muka kau!" - Ziad Darwisy

Namun benarlah kata orang tua, jangan gaduh-gaduh, nanti bercinta.

"Kau suka siapa? Siapa crush kau? Beritahu la aku" - Eva Radhwa

"Aku suka kau" - Ziad Darwisy

Dunia percintaan tidak semuanya indah belaka. Lagi lama Eva bersama Ziad, lagi banyak kekurangan yang Eva lihat. Eva cuba untuk menerimanya, tapi apabila dia dilarang untuk berkawan, ianya sedikit sebanyak membuatkan Eva tawar hati sekali lagi.

"Jangan dekat dengan dia, saya tak suka" - Ziad Darwisy

"Saya dengan dia hanya kawan! Awak faham tak? Takkan saya tak boleh berkawan?" - Eva Radhwa

"Semuanya bermula daripada kawan" - Ziad Darwisy

Adakah kebahagiaan untuk mereka berdua? Bersediakah Eva untuk menghadapi pelbagai karenah Ziad? Bolehkah Ziad berubah menjadi lebih baik hanya semata-mata mahu membahagiakan Eva?

"Kunci kebahagiaan sesebuah hubungan ialah kejujuran dan kepercayaan" - Nur Airis Adara

Start - 14 Feb 23
End - 26 Mac 23
All Rights Reserved
Sign up to add Hate Love Story [C] to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
His Eternal Love  by irenicmia
71 parts Complete
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut. "Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba. Namun siapakah dia untuk melawan takdir? Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya. Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati. Itu janjinya. Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you! ⚠️please note that this story is so cringey ⚠️extremely cliche ⚠️cringe ⚠️sexy storyline ⚠️no censored⚠️ highest ranking - ✿ 1st in #romance ✿ 1st in #novel ✿ 1st in #cinta ✿ 1st in #comedy ✿ 1st in #love ✿ 1st in #romantik ✿ 1st in #melayu ✿ 1st in #novelmelayu
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
11 parts Complete
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
You may also like
Slide 1 of 7
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] cover
Kelas DSB cover
Lagenda Kerajaan Reutus  cover
Suratan Takdir Untukku cover
His Eternal Love  cover
Pre-order Novel The Hunter (C)  cover
ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN) cover

Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD']

1 part Complete

Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?