[PRE-ORDER AVAILABLE🔥)
The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl.
Tapi andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan. Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak oleh mereka yang bernama manusia.
Namun dengan adanya Imtiyaz Daniel, telah mengubah kanta mata Niliyyah memandang dunia.
Imtiyaz ibarat knight in shining armour, menarik Niliyyah keluar dari gelapnya kabut hitam.
"I would do everything to make you happy, I may not have the right words to express you how I feel and make you understand how deep this feeling" - Imtiyaz Daniel
Kesungguhan Imtiyaz benar-benar menggugat ego Niliyyah. Mengapa lelaki itu perlu datang kembali setelah dia sudah berjaya melepaskan semua impian dan harapan?
Imtiyaz cuma masa lalu yang tak ingin lagi Niliyyah dambakan hadirnya!
Sudah puas dia meratap sedih, cukup letih dengan semua hambatan luka yang datang bertubi-tubi. Silapnya sendiri kerana berharap pada lelaki yang tidak tahu akan kewujudannya sama sekali.
Persoalannya, mampukah Imtiyaz terus berjanji setia meski hamparan ombak datang menerpa? Adakah cinta lelaki itu masih utuh selepas berjaya menempa nama di mata dunia?
"Tolong jangan bencikan saya," - Bellisa Niliyyah
Niliyyah rasa kecil di samping lelaki itu, Imtiyaz seperti garuda membelah awan, sedangkan dia tak ubah seperti rama rama yang sudah patah sayapnya. Namun, patah atau tidak, bukan penghalang untuk serangga sekecil itu terbang tinggi, bukan?
Bismillah
(Tengku Albar Hafiez ft Jannah)
NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian tersebut. Dan kehadiran Tengku Albar Hafiez, mewarna-warnikan lagi perjalanan hidupnya sepanjang berada di situ.
"Aku tak nak kau bangkitkan lagi isu ini. Ingat Jannah, sekali aku lafazkan kabul, tidak akan ada lagi lafaz selain itu."- TENGKU ALBAR HAFIEZ.
Keikhlasan demi keikhlasan dan perhatian yang ditunjukkan lelaki yang sudah bergelar suami kepadanya itu, ternyata berjaya menimbul dan membibitkan satu rasa di sudut hatinya.
"I LOVE YOU sayang. Demi Allah, hanya Jannah Bidadari abang hingga ke syurga."-TENGKU ALBAR HAFIEZ.
#1-syurga
#1-tangkapbasah
#2-bidadari
#1-Syurga
#1-jannah
#2-ego
#1-islamik
#1-setia
#4-dingin
#2-melayu
#3-romantik
#3-rindu
#1-novel
P/s ☆Tq bbyk kpd semua reader yg sudi masukkn story ni ke dlm reading list korang. Mohon maaf juga kalau tk smpt ucap tq kpd korang. Apapun semoga korang semua terhibur dgn cerita yg tk seberapa ni. Love u ol❤❤