Kasih Imtiyaz

Kasih Imtiyaz

  • WpView
    Reads 78
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Oct 15, 2023
Bismillah (Karl Arief Evandross vs Imtiyaz) "You think, I tak tahu ke yang you ada hati pada I?" Sinis suara lelaki itu berbisik di telinga Imtiyaz. Imtiyaz telan air liur kesat. Berdentum jantungnya berdenyut menahan perasaan. "But you know what? sorry to say...." ungkap Karl tergelak kecil. Terdengar begitu mengintimidasi. "You are not my taste."Tekannya berubah dingin. "Even a little bit, I have no fellings for you...never." Tegas dan penuh penekanan. Terhenyak Imtiyaz memandang kelibat Karl berlalu meninggalkannya sendirian di ruangan dapur. Air jernih yang ditahan sedari tadi mengalir tanpa dipinta. Memerah mukanya, menahan malu bila mengenangkan diri yang terlalu lancang menaruh rasa pada Karl Arief si Playboy kacak sejuta pesona. Sangkanya perasaan yang dipendam selama ini tidak ada yang menyedari. Rupanya dia tersilap. Begitu mudahkah hatinya ditebak? Dihapus airmatanya sayu. Wajah dineutralkan sedaya-upaya. Tidak mahu Eliana perasan perubahan wajahnya nanti. 'Even a little bit ah?' Imtiyaz tersenyum pahit. Betapa naifnya dia mengenang kebodohan diri. Tak sempat pun nak luah sebenarnya. Bagaimanalah dia boleh terjatuh hati kepada adik sahabatnya itu? Dahlah muda beberapa tahun dibawahnya. Lain lagi perbezaan status yang begitu ketara. Memang salahnya yang tak sedar akan kekurangan diri. Lelaki mudah itu tidak salah sikit pun. Walaupun dia terkilan atas penolakan yang terlalu berterus terang itu. Fine. Jika itu yang diinginkan lelaki itu, maka Karl Arief akan mendapatkan apa yang dia mahukan. Tidak akan ada lagi nama Karl Arief yang menghuni hati setelah ini, tekadnya. Say goodbye kepada hatinya yang terluka. #dilarangsharetanpaizin
All Rights Reserved
#675
sayang
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Eh? Aku? Dia? Kahwin?
  • RED STRING THEORY
  • Sayap Juita [TERBIT]
  • Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira
  • Nuh's Secret Wife [C]
  • B1: Rayqa Haneesya Mrs. Lais (OG)
  • TITISAN CINTA. (Completed)
  • TERBIT | Jika Harus Begitu
  • Sayang, You're Mine ✔️

Aric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci kaum wanita selain daripada orang yang dia sayang dalam hidupnya. Hal ini telah menyebabkan dia mengubah penampilannya daripada seorang gadis comel menjadi seorang jejaka kacak. Dato' Syarif dan Datin Marina telah membuat keputusan untuk menghantar anak mereka ke luar negara dengan harapan situasi di sana dapat mengembalikan Aric kepada Aric yang sebelum ini. Namun hampa kerana tiada perubahan yang berlaku walaupun telah tiga tahun anak gadisnya berada di Itali. Seseorang yang kembali dari Itali itu bukan Arika tetapi Aric, 100% kelihatan seperti lelaki tulen tetapi masih ada aset-aset yang tidak dapat diubahnya. "Assalammualaikum. Mama, papa. Your son was back." Ujar Aric dengan penuh gembira apabila bertemu dengan ibu bapanya di lapangan terbang KLIA. "SON?" Masing-masing terkejut. Hampir pengsan pun ada. Nasib baiklah mereka berdua tu tak ada sakit jantung. "Eh? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Soal Aric dengan pandangan hairan terhadapan ibu bapanya. Datin Marina memeluk lengan suaminya lalu menempatkan wajahnya di situ. "Honey, where is our Arika? I can't see her?" "Mom, I'm here. Hello." Aric melambai-lambai tangan kanannya di hadapan ibunya. Ibu bapanya mengeluh dalam hati. "Yang dilahir perempuan, yang membesar depan aku ni... kenapa lelaki pula?"

More details
WpActionLinkContent Guidelines