Her Series
" If you choose me, then I'll protect you from any danger. No one will dare to hurt you when I'm by your side, my butterfly. "
Tidak disangka, hanya dengan bait-bait kata yang keluar dari bibir lelaki yang diberi nama, Dristan Zaffre, itu mampu mengubah nasib dan takdir gadis malang, Putri Zarah Alyssa, berubah 360° darjah dengan sekelip mata.
𝐏𝐮𝐭𝐫𝐢 𝐙𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐲𝐬𝐬𝐚 - Anggun, Ayu dan Elegan
Kata-kata itulah yang sering meniti di bibir orang ramai ketika dirinya menjadi topik perbualan hangat di media massa. Terkenal dengan kecantikannya serta gelarannya sebagai isteri kepada pengusaha syarikat Megat's Corp, dan jutawan terkenal, Dato Malik Izrael, dirinya sentiasa disegani ramai. Walaupun jarak umurnya dengan sang suami agak jauh, mereka bagaikan pinang di belah dua. Tampak serasi dan sangat bahagia. Namun di sebalik lens kaca kamera, rumah tangga mereka sudah kian meretak akibat panas baran serta kecurangan suaminya.
Dia hanya mampu bersujud pada Yang Satu. Berharap agar dirinya dipertemukan jalan keluar dari kekejaman sang suami.
𝐃𝐫𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐟𝐟𝐫𝐞 - Dingin, Beku, dan Misteri
Sebaris nama yang disegani, ditakuti dan diburui. Kehidupan seorang Dristan Zaffre, kekal misteri dari mata orang ramai walaupun pengusahaan syarikatnya tersohor dan berada di merata pelosok dunia. Hanya segelintir sahaja yang mengetahui wajah serta identitinya di dunia gelap. Kepulangannya di tanah air sang ibu, iaitu Malaysia, hanya dengan satu matlamat sahaja.
Menyelesaikan misi terakhirnya sebagai D'Arezzo.
" Siapa awak? Kenapa awak cuba untuk lindungi saya, sedangkan awak langsung tak kenal saya? " - Puteri Zarah Alyssa
" You don't need to know about that. I've decided to myself that I'll protect you and make sure that you won't even have a slightest scratch on your body, sweetheart. " - Dristan Zaffre
Known as ' Bidadari Tuan Zaffre '
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ]
AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki.
HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing!
"Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL
"Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA
Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai.
Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri.
"It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA
Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat.
"I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA
"Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF
⚠️ No plagiat
⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose