ATMA PEONY & MAWAR. Sandaran ternyaman Mr. Peony dan Cik Mawar. BLURB. MR. PEONY, gelaran tiba-tiba yang dia dapat dari si gadis dalam kedai bunga. Dia juga pelik, dalam banyak-banyak bunga kenapa peony? Peony putih pula tu? Sedangkan si kekasih hati yang berpaling tadah itu memanggilnya 'kayu'. Seorang pensyarah Aeronautik yang berkacamata, mempunyai penyakit dan 'kayu' membuat langkah gila demi mahu membalas dendam. CIK MAWAR, dia juga terkejut bagaimana lelaki yang memandang bunga-bunga di depannya dengan pandangan kosong dan postur tubuh yang tegang itu boleh beri dia gelaran semanis begitu? Kena tepat dengan namanya pula tu! Dan ya, seperti Mr. Peony dia juga tersakiti akibat dari kekasih yang curang. Kalau Mr. Peony dipanggil 'kayu', dia pula dipanggil bodoh kerana terlalu manis! Dua Atma yang bertemu di satu garisan atas alasan membalas dendam. Garisan yang mekar kembang bagai Peony atau garisan berduri bagai Mawar?
13 parts