Di sebalik senyuman yang sering saja terukir, tersemat kisah duka yang tak mampu dilupakan. Ketenangan yang acap kali dipamerkan, sebenarnya menyembunyikan sekeping hati yang sukar untuk dilenturkan. Aira... gadis sederhana yang menjadi dambaan ramai jejaka, namun hatinya begitu jauh untuk digapai dengan tangan.
Di sebalik ketegasan dalam pekertinya, tersimpan prinsip bahawa dia tidak akan mencintai dan tidak ingin dicintai. Keseriusan dan kelantangan dalam bicara, memang sengaja ditayangkan agar tiada yang cuba mendekati.
Zayyan... lebih senang hidup dalam dunianya sendiri, tanpa perlu mengambil kisah akan hati dan perasaan orang lain.
"Macam mana kau boleh kerja kat sini? Kau orang yang paling cuai aku pernah jumpa, jadi macam mana kau boleh kerja kat sini?" - Zayyan
"Tu namanya rezeki, encik. Rezeki saya dapat bekerja kat sini. Kalau encik tak puas hati, encik boleh tanya pada Allah ya." - Aira
Tiada satu episod yang manis pun bisa diperkatakan setiap kali mereka bertemu. Zayyan yang garang tidak mampu menundukkan Aira yang sentiasa tenang dan murah dengan senyuman. Setiap provokasi tidak terkesan langsung di hati Aira. Namun pertemuan mereka bagai tersusun elok dari sehari ke sehari sehinggakan semakin sukar untuk Zayyan menjauhi.
"Kenapa encik nak buat semua ni? Kenapa encik nak bebankan diri encik dengan masalah keluarga saya?" - Aira
"Because I want to make you mine!" - Zayyan
Peribadi mereka sangat berbeza, namun perbezaan itulah yang membuat mereka saling memerlukan. Dua keping hati yang selama ini sunyi, kini bahagia melayari mimpi.
Disebabkan Zayyan terlalu ingin melindungi Aira, tindakannya telah disalahertikan. Aira mula menjauh. Walaupun dekatnya Aira masih mampu disentuh dengan tangan, namun hatinya seakan dibawa pergi. Tergapai-gapai Zayyan kelemasan. Tanpa kasih sayang Aira, dia kehilangan... Mampukah Zayyan mengikat cintanya kembali? Wajarkah tindakan Aira membiarkan Zayyan dilamun sepi?
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.