S1: We didn't come here to fit in. We came here to take over.
Kolej Tungku Rahmat (KERAMAT), salah satu sekolah berasrama penuh elite yang hanya boleh dimasuki oleh pelajar yang terpilih sahaja. Golongan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, menjadikan saingan untuk mendapatkan tempat sebagai pelajar KERAMAT amatlah sengit!
Tetapi bukan bagi dua pelajar genius ini.
Secara lahiriahnya, memang geniuslah. Tetapi, secara keseluruhannya...
"Shark, sumpah aku bau mulut kau macam Natrium Klorida. Kau tak gosok gigi ke pagi tadi?"- TENGKU ISAAC RAFAEL
"Mulut kau kan, firaun pun insecure betapa kurang ajar bahasa kau tadi tu. Elok sikit eh, empat kali tau aku gosok gigi ni! Entah-entah mulut kau yang dah tumbuh fungus, pastu tuduh orang. Dasar tapir!" - SYED SHAHRUL HAZNIQ SHAH
Kehidupan persekolahan mereka sememangnya lain daripada lain. Sahabat sejak janin itu begitu akrab sehingga tidak boleh dipisahkan! Namun, apa yang menguji mereka adalah suasana dan sistem di sekolah itu sendiri. Berpaksikan ketua aspura yang misteri dan sistem gila yang wajib dipatuhi,...
Adakah ini sekolah jika ada sistem yang menjengkelkan ini?
"My wish is your command."- SYED QAID JIBRIL
Dalam mengharungi sistem gila yang menjadi tonggak kekuatan Jibril, Shark dan Isaac mula berjumpa dengan mereka-mereka yang berkongsi fikiran yang sama. Sekumpulan pelajar lain yang ditindas sistem, bergabung membentuk kumpulan yang menentang sistem itu sendiri!
Tetapi, mampukah mereka yang junior menentang senior mereka? Apakah sistem yang merantai kebebesan pelajar KERAMAT? Siapa sebenarnya Jibril dan mengapa targetnya Isaac? Akankah mereka menguasai KERAMAT?
"Ini KERAMAT, Izz. Perdana menteri pun tak boleh masuk campur dalam sistem, apatah lagi, kau."
Ikuti kisah mereka dalam THE LEGEND: THE DOMINATORS!
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, dia dibuang sekolah kerana terpalit dengan satu masalah.
Tiga tahun berlalu, rentak hidupnya mula berubah apabila mamanya berkahwin dengan seorang duda anak satu. Memulakan hidupnya sebagai pelajar di sebuah kolej elite, ternyata tidaklah sesulit yang dia sangka meski ada yang tidak menyukai kehadirannya.
"Kau bawa bala dalam hidup aku yang sedia hancur ni, Delilah." - Diaz Raiden a.k.a abang tiri.
"Blame your bad luck, brother!" - Delilah Lavelle.
Api lawan api. Pantang bersua muka, pasti tercetus pertengkaran antara mereka berdua. Tapi kenapa dia rasa semua itu menyeronokkan?
"Such a weird name, with a weird personality." - Qash Hayyan si muka stone.
Gayanya dingin dengan muka tak berperasaan, namun tingkahnya yang manis buat Delilah keliru.
Saat hubungan antara orang-orang sekelilingnya mula terbina, muncul angin badai yang menggoncang semula hidupnya. Masa lampau kembali menghantui sehingga dia rasa tak mampu untuk menghadapi realiti dunia.
"Sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya. Walau awak berada di titik terendah sekalipun." - Myra.
Delilah akui perjalanan hidupnya tidak mudah. Tapi insan-insan yang berada di sekelilingnya membuat perjalanan itu indah walaupun berliku-liku.
Idea cerita hak milik @dandelzel