𝐌𝐑𝐒. 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋
  • Reads 43
  • Votes 10
  • Parts 1
  • Reads 43
  • Votes 10
  • Parts 1
Ongoing, First published Apr 14, 2023
Hidup bagaikan diatur, semuanya perlu diberitahu, diatur oleh si abang tiri. Yang membuatnya bengang, setelah sekian lama mereka terpisah akhirnya mereka bertemu semula pada hari di mana dia terluka.

Dahulu si abang tiri menjadi tempatnya bersandar, bersuka ria, tetapi satu tragedi di mana mereka perlu terpisah kerana satu alasan.

"Abang nak sambung belajar," ujar si abang tiri.

Mudah sekali alasan di berikan oleh si abang tiri membuatkan si adik tidak terima. Bukannya tidak terima tapi dia masih ingin bermesra lagi dengan si abang tiri, jadi kenapa si abang tiri perlu pergi?

Lima tahun berlalu setelah kejadian tersebut berlaku, akhirnya si adik akan bertunang dengan orang yang dicintainya. Siapa sangka bahawa hari tersebut membuatnya benci akan perkahwinan.

"Biar abang gantikan tempat bekas bakal suami adik," ujar si abang tiri membuatkan seisi keluarga memandang satu sama lain.

Dengan satu lafaz, akhirnya mereka bersatu. Si adik memandang si abang tirinya atau suaminya dengan pandangan benci serta amarah. Marah dengan tindakan abang tirinya dahulu dan benci dengan apa yang diaturkan si abang tirinya.

"Kenapa perlu abang Zaq balik semula setelah lima tahun abang tinggalkan adik? Kenapa mesti abang yang jadi suami adik sekarang ini?" soal si adik bengang.

"Sebab abang dah lama sayangkan adik,"

Pandangan tidak percaya diberikan si adik kepada si abang tirinya. Sayang? Kalau sayang kenapa perlu tinggalkan? 

Saban hari mereka menjalani hari bersama, segala jenis duka dan suka mereka kongsikan bersama walaupun sukar untuk diluahkan.

Tetapi, ujian yang melanda membuatkan si abang tiri terpaksa menunjukkan diri sebenarnya.

"Abang terpaksa, Sayang. Please jangan tinggalkan abang. Abang tahu salah abang," ujar si abang tiri penuh kekesalan.

"Saya tak benci abang. Saya tahu abang terpaksa. Tapi nampaknya takdir iri dengan kita sehinggakan kita perlu berpisah," ujar si adik.

Ujian apa yang perlu dilalui oleh mereka sehingga takdir iri dengan mereka?
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐌𝐑𝐒. 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 to your library and receive updates
or
#43popular
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
Han Family cover
Terukir Namamu, Dihatiku || [REVAMP] Slow Update cover
Her Protector  | ᥴ cover
Boboiboy: Hero Elemental (Rewrite) cover
Zayden's © [ OG ] cover
Bodyguard itu Milik Aku! cover
Tiara Mikaeyla  cover
Anugerah untuk Dhia cover
•ONGOING• Never Let You Go [WINNYSATANG] cover
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) cover

Han Family

130 parts Complete

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tahniah! Anda berada di tempat yang betul! Di sini anda akan menyaksikan sebuah kehidupan keluarga Han yang bahagia, harmoni dan ehem!ー *berbisik* ga ada akhlak menjalani hidup mereka dengan penuh keriangan, keceriaan, kesadisan mahupun tangisan. Cover by: @woobybear Start: January 6, 2021 End: January 6, 2023