Ini adalah kisah Ayla Richardson dengan kisah cinta luar biasanya.
"Cinta itu bagaimana rasanya?"
-Ayla Richardson
"Cinta itu....,Panas! Pabila lelaki membawa perempuan ke tempat yang sunyi dan BOOM! MAGIC HAPPEN. Ahahahaha..."🤣
- Kate
"Tak, tak! Cinta itu indah pabila lelaki pimpin tangan wanita,buka pintu kereta, beli coklat atau ada saja hadiah surprise tiap kali bertemu. Bawa perempuan jalan-jalan tiap malam minggu."❤
- Vivy
"SALAH! Mereka semua menipu. Itu kisah cinta movie je laa..! Ini, biar aku bagitahu kau yang sejujurnya. Cinta itu kau tak duga. Ia berlaku tanpa kau sedar dan saat kau merasainya kau tahu yang kau jatuh cinta. HA, itu baru definisi cinta yang sebenarnya. Mama aku cakap,"
-Lydia
"Cieee..., kau tu sorang je yang pandai lah? Tahu serba serbi semuanya. Ok, kau cakap dengan aku! Siapa yang syok sangat tengok drama korea sampai merayu-rayu kat Tuhan moga ada lelaki yang treat dia sweet macam dalam Drama tu?! Hmmh?! Jawab?"
Seketika keadaan sunyi sebelum keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak akibat perasaan geli, suka dan juga gila-gila. Beginilah kehidupan gadis-gadis remaja sekolah menengah ini. Tiap malam sabtu berkumpul demi drama marathon sampai tertidur berselerak di lantai. Baru ingin merasai cinta. Masih muda dan belum berpengalaman. Bagi gadis seusia mereka, hidup hanya berputar Sekolah, Shopping, Drama, movie, makan, hang out dan bermula lagi dari sekolah.
Tetapi kata orang, hidup tak selalunya indah. Panas tak mungkin sampai ke petang, hujan tak selamanya berbulan-bulan.
* Ingin mengetahui kisah selanjutnya? Ikuti kisah Ayla, gadis remaja biasa yang tidak menyangka sebuah penghormatan terakhir bertukar menjadi kisah cinta tragis.
Publish story on April 22nd 2023
Ranking update
#No. 73 In Mystic (24/04/2023)
Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd.
ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti orangnya, namun hidup nya sebagai pelajar intern di syarikat itu berubah serta merta apabila lelaki yang di gelar majikannya itu adalah lelaki yang sama yang menghalang laluan pejalan kaki beberapa hari sebelum dia memulakan latihan industri di syarikat itu.
AYDEN DARHWISH - CEO ternama yang begitu hebat dengan caranya untuk mendapat setiap tender yang di iklankan. Walaupun dia telah berjaya dalam kerjayanya namun dia masih gagal dalam hubungan percintaan. Kehadiran Elaine membuatkan hidupnya seperti roller coaster. Apakah dia mampu melupakan kisah lalunya bersama Emma Kay?
"Pakcik bos, saya datang sini nak mencari rezeki yang halal. Tolong jangan buat maksiat di tempat saya cari rezeki boleh? Mak saya pesan nanti rezeki tak berkat. Allah murka pada pakcik bos baru tahu." dia menjawab sambil berlalu pergi.
'Andai takdir menentukan kita akan bersama selamanya aku terima Ya Allah. Aku ikhlas terima dia sebagai isteriku dunia dan akhirat aku.' - Ayden.
'Jika ini sudah tertulis buat ku, sesungguhnya aku bersyukur dengan kehadiran dia dapat aku merasakan bahagia nya dan nikmatnya berumah tangga. Bercinta selepas nikah itu satu nikmat yang tiada di mana-mana. Kerana dia hadirnya pelangi selepas hujan.' - Elaine.
Apakah pengakhiran mereka? Mampukah dia menangani rasa trauma tentang masa lalunya? Siapa Hazran pada Elaine? Adakah Elaine dapat menamatkan latihan industri seperti yang di tetapkan oleh pihak univiersiti? Adakah Ayden berjaya menamatkan zaman bujang terlajak sebelum mencecah umur 40-an?
⚠️[THIS STORY IS STAND ALONE BOOK]
⚠️ DILARANG SAMA SEKALI PLAGIAT, MENCIPLAK IDEA SAYA.
⚠️[READ AT YOUR OWN RISK!]
⚠️ contains harsh words
⚠️ sexy storylines
START : 15 JAN 2023
END : 9 OCTOBER 2023
STATU