BUKAN SUAMI SEMPURNA
  • Reads 7,840
  • Votes 384
  • Parts 25
  • Reads 7,840
  • Votes 384
  • Parts 25
Ongoing, First published Apr 17, 2023
"Iza Ulya Mohd Bariq, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Penceraian itu berlaku tanpa kerelaan ULYA. Tapi kata HAZRIL, lelaki yang sudah memberinya gelaran janda...

"Ini jalan terbaik untuk kita. Kita cerai bukan sebab abang curang. Abang tak pernah ada perempuan lain. Ulya pun tahu tu. Abang pun jaga Ulya dengan baik. Lepas abang dah capai apa yang abang nak, abang janji abang akan cari Ulya. Kita akan rujuk semula." 

Tujuh tahun berlalu, tiba-tiba ULYA dikejutkan dengan kemunculan semula HAZRIL yang mahu menunaikan janji. Enggan terima, dia lari tapi HAZRIL tetap mengejar.

"Kita rujuk balik." 
 
"Saya takkan tunduk pada awak yang ambik kesempatan atas kesulitan saya."

Itu keputusan ULYA walaupun dia tahu hanya HAZRIL yang dapat menyelesaikan masalahnya. Gigih mencari jalan penyelesaian, kegagalan yang ULYA jumpa sehingga buat dia terpaksa akur pada takdir. 

Kembali bergelar isteri, bukan mudah untuk ULYA terima di saat dia masih belum rela.

"Abang nak mandi. Ambilkan tuala."

"Sebelum kahwin awak boleh ambik sendiri, kan? Kenapa lepas kahwin minta saya ambik? Tangan awak cacat?" 

Perkahwinan itu bukan alasan untuk ULYA terima HAZRIL. Targetnya cukup sebulan dia akan lari. Dengan itu dia perlu mencabar kesabaran HAZRIL supaya menceraikannya buat kali kedua. 

"Jangan harap kita akan ada anak. Bukan setakat anak, tubuh saya pun awak tak akan dapat. Saya takkan layan awak." 

"Tak baik buat suami macam tu."

"Kalau awak tak tahan sangat, pergi cari perempuan lain yang boleh layan nafsu awak tu."

Fikir ULYA sabar HAZRIL makin nipis tapi sayang apabila HAZRIL langsung tidak tercuit dengan setiap masalah yang cuba ditimbulkan.

"Kalau tujuan Ulya nak abang mengalah, Ulya silap besar. Ini perkahwinan kita yang terakhir. Abang akan pertahankan sampai nafas terakhir abang."
All Rights Reserved
Sign up to add BUKAN SUAMI SEMPURNA to your library and receive updates
or
#24cerai
Content Guidelines
You may also like
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
73 parts Complete
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
You may also like
Slide 1 of 10
Dia Amanah Buatku | OG cover
Duri di antara kita | OG cover
Kerana Dendam [C] cover
Leo's Addiction  | Completed  cover
Beautiful Lies  cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓  cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover

Dia Amanah Buatku | OG

46 parts Ongoing

KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End -