[PHC fanfiction/remake]
Haykal Huseyn bin Zayid Kamarul, Kapla High Council 1961, mempunyai seorang putera dan seorang puteri. Kehidupan anak-anaknya digadaikan selepas satu perjanjian beliau bersama barisan alumni KUDRAT. Apakah perjanjian itu?
Nuryn Zafyrah binti Haykal Huseyn, satu-satunya kuntum di KUDRAT. Membawa bayang abangnya ke mana-mana sahaja dia pergi.
Empat tahun pertama di KUDRAT adalah fasa yang paling mencabar dalam hidupnya, bertarung nyawa hanya untuk 'survive' di tempat yang memang bukan untuknya. Memaksa dirinya mengikut tradisi yang hanya bertujuan untuk membentuk jati diri seorang anak jantan, Nuryn telah membuka mata banyak pihak dengan membuktikan dirinya juga mampu mengharungi tradisi puaka ini sehingga mampu menjadi seorang ahli High Council dengan berpegangkan moto KUDRAT sendiri, iaitu:
Taat, Tabah, Teguh
Masuk tahun kelima Nuryn di KUDRAT, tahun terakhir, giliran Nuryn pula untuk menguasai KUDRAT dengan berpandukan Kitab High Council. Giliran dia pula untuk duduk di atas hierarki sial ini. Tapi, mampukah dia untuk mengekalkan satu-satunya cara 'survival'nya di KUDRAT dengan kehadiran alpha baharu?
Start : 28/4/2023
End : [Still ongoing]
Reminder ⚠️
- broken malay / broken english
- peggunaan bahasa 'manglish' yang berleluasa
- no 18+ explicit content
- slowburn
"Kenapa I kena kahwin dengan you?" -IRINA
"To stop the speculations." -MATEEN
"But nobody knows me." -IRINA
"Speculations about me and Emma."-MATEEN
Kerana cinta itu terlalu suci untuk dipermainkan, Irina tidak rela terlibat dalam permainan Mateen.
Kerana satu tindakan bodoh, Irina terjerat dalam perjanjian yang mampu membawanya ke tirai besi jika dia enggan akur. Putera Mateen ingin memperisterikan gadis itu, sebagai satu hukuman. Hukuman yang lebih dahsyat dari denda mandatori.
Hidup dilimpahi kemewahan. Dikasihi bonda dan ayahanda mertua. Didampingi dayang istana yang sedia membantu.
Namun tiada bahagia buat Pengiran Bini Wardatul Irina.
Emma Shinawatra, gadis kacukan Inggeris-Thai menjadi puteri di hati Mateen sejak tiga tahun lalu. Cinta mereka utuh biar Hajah Mariam menegah hebat atas dasar agama. Cinta mereka tidak pernah mati biar Tuanku Sultan melarang keras atas dasar maruah.
Tidak mahu dianggap orang ketiga, Irina hanya berniat untuk mencuri hati sang suami. Semampunya, sedayanya. Lelaki idaman Malaya itu harus dipeluk rapi.
Dapatkah Irina memenangi hati putera rajanya? Yang sudah ada puteri bertakhta dalam hati?
CERITA INI IALAH REKAAN SEMATA-MATA