Story cover for ANDIKATMA by blackspadesz_
ANDIKATMA
  • WpView
    Reads 134
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 9
  • WpView
    Reads 134
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 9
Ongoing, First published Apr 21, 2023
8 new parts
ANDIKA RAJA X ATMA AULEA

Di Alam Melayu lama, berdiri megah Empayar Inderaloka, empayar agung di bawah pemerintahan Andra Raja, tanah lahir para pahlawan dan keris pusaka sakti, Taring Rawi Naga.

Pada malam penuh daulat, lahirlah seorang putera yang dirai seluruh negeri, Andika, pewaris asli takhta. Cahaya istana yang dijulang  dari janin. Namun, takdir yang sepatutnya indah berubah menjadi sumpahan. Putera yang dilahirkan sebagai kebanggaan akhirnya dibuang, dihina, dan dianggap pembawa malapetaka. Dalam dunia yang menyanjung kuasa, dia membesar dengan penuh penderitaan tetapi jiwanya tidak pernah benar-benar mati.

Di zaman moden pula, Atma Aulea memiliki segala yang diimpikan orang. Rupa, harta, dan kehidupan mewah. Namun di sebalik kecantikan itu tersembunyi hati yang kasar, lidah yang tajam, dan perangai yang menindas. Saat hidup mula runtuh satu persatu, Atma menerima balasan yang tidak pernah dijangka. Ketika semua orang memandang sinis dan tiada lagi simpati, takdir membawanya menghilang...
ke sebuah dunia asing yang wujud berabad-abad dahulu.

Di tanah yang penuh adat, rahsia, dan ketegangan, dua jiwa yang berbeza zaman akhirnya bertemu.

Si putera bisu yang kehilangan segalanya,
dan si gadis angkuh yang dihukum dunia.

Pertemuan mereka bukan sekadar kebetulan. Ia adalah ikatan takdir, nyawa, dan pusaka yang telah lama menunggu untuk bersatu.

Antara luka dan kehancuran, antara diam dan keasingan, cinta tumbuh dalam cara yang paling tak terduga.

Andikatma - kisah dua jiwa, satu takdir.
All Rights Reserved
Sign up to add ANDIKATMA to your library and receive updates
or
#14melayu
Content Guidelines
You may also like
RAHSIA 4 FAIL NISSA by Dark4EstStorY
7 parts Ongoing
Azhar menyangka hidupnya akhirnya berada di landasan yang betul apabila bertunang dengan Nur Annisa-seorang wanita bertudung, tutur kata lembut, sentuhan yang menenangkan, dan pandangan mata yang seolah-olah menjanjikan ketenangan seumur hidup. Di hadapan keluarga dan masyarakat, Nisa ialah wanita ideal-tenang, terjaga, dan kelihatan terlalu sempurna untuk diragui. Azhar memilih untuk percaya, walaupun ada ruang-ruang sunyi tentang diri Nisa yang tidak pernah benar-benar terbuka. Kepercayaan itu mula terasa rapuh apabila Azhar secara tidak sengaja menemui beberapa fail tersembunyi dalam telefon Nisa. Setiap fail membawa nama lelaki yang berbeza-seperti pintu-pintu yang tidak sepatutnya dibuka. Apa yang ditemuinya bukan sekadar bayang-bayang masa lalu, tetapi sesuatu yang membangkitkan perasaan asing dalam dirinya: denyutan cemburu yang bercampur rasa ingin tahu, ketegangan yang perlahan-lahan berubah menjadi tarikan yang sukar dijelaskan. Semakin jauh Azhar menyelami rahsia di sebalik senyuman dan sentuhan Nisa, semakin jelas bahawa wanita itu bukan sekadar menyimpan rahsia-dia sedar akan keinginannya, pilihan-pilihannya, dan kuasa yang dimilikinya ke atas lelaki-lelaki di sekelilingnya. Setiap penemuan bukan sahaja membuka kisah Nisa, tetapi juga mendedahkan sisi Azhar yang tidak pernah dia kenali. Di akhirnya, Azhar sedar bahawa konflik sebenar bukan tentang kesetiaan atau pengkhianatan, tetapi tentang batas diri dan keberanian menerima kebenaran yang mengubah segalanya. Apa yang bermula sebagai cinta yang "selamat" perlahan-lahan berubah menjadi perjalanan gelap yang menguji keinginan, identiti, dan makna penerimaan tanpa ilusi. Disebabkan kandungan agak eksplisit, anda boleh sambung baca dia https://www.penana.com/user/314250 Kerana wattpad tidak membenarkan kandungan sedemikian. Jumpa anda disana!!
RASMI MILIKKU by LaylaInhara
22 parts Complete
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap helaian diari. Baginya, selagi dia tak mengganggu sesiapa, rasa yang wujud itu tidak salah. Dia tak bercadang untuk mendedahkan pada sesiapa pun. Dia hanya meminati jejaka itu secara diam. Atau nama lain, crush. Siapa jejaka itu? Raez Rafael. Mamanya dan ibu Nadhira adalah sepupu. Mereka rapat, tapi anak-anak kurang rapat. Raez tidak begitu mengenali Nadhira kerana dia dan Nadhira jenis orang yang introvet. Dalam erti kata lain, mereka sama-sama seorang yang pendiam. Tetapi, siapa sangka... Satu peluang telah merubahkan segalanya. Menyatukan dan disatukan. Dua perkara berbeza. Raez yang egois. Raez yang sombong. Mampukah Nadhira menghadirkan rasa cinta di antara mereka sedang dia tahu di hati Raez sudah ada wanita teristimewa. "Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." - Raez 'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?' - Luah dira dalam hati. "Mama nak Raf sentuh dia macam mana? Dia budak lagi, Ma. Masih mentah." 'Seriously abang? Is that the way how you're viewing me?' - Luah Dira masih dalam hati. Hati pun berkecai. Bukan mudah untuk memaksa orang menerima cinta kita. Lantas kenapa ikatan perkahwinan harus dipermainkan? Dira pergi untuk membersihkan hati Dira yang telah penuh dengan nama abang. After all this time, today is my wake up call. Untuk tidak lagi mempersiakan hati sendiri. I'm not what you want. I'm the wrong person in the first place. Dira akan pulang membawa Nadhira Sofea yang baru. Yang hatinya telah bersih dan kosong. Dan ketika itu, kita sudah tiada kena mengena lagi. "Bagi balik diari Dira!" "Siapa kata ni diari Dira? Dalam diari ni semua nama abang..."
You may also like
Slide 1 of 10
Liku Hidup Aina cover
Peminat Misteri Mira Filzah cover
RAHSIA 4 FAIL NISSA cover
nurul cover
isteri ku cover
Praktikal Terlanjur cover
Adventure Of Mary cover
Janice Isteri Bos cover
KISAH DARI AYU cover
RASMI MILIKKU cover

Liku Hidup Aina

11 parts Ongoing

Kisah liku hidup seorang isteri