64 parts Complete Awalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain.
Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari.
Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan dikelilingi oleh ramai lelaki bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam.
Mungkin nasib baik tidak menyukai dirinya, sudah tentulah perbuatan itu diketahui dan dia menjadi buruan penjenayah serba hitam itu.
Ya, jalan cerita memang cliché apabila dia dikejar sehingga tersesat memasuki lorong kecil. Lari punya lari, jalan keluar tetap tidak dijumpai.
Kalau dah namanya jadi buruan, mestilah sampai ke lubang cacing hidupnya diburu. Walau jauh mana dia menjauhkan diri.
Sungguh, dunia terasa terlalu kecil apabila sekali lagi dia dipertemukan dengan si pemburu. Tetapi dalam dua situasi yang berbeza.
Pemburu hidupnya ialah seorang lelaki.
Dan lelaki itu, terlalu misteri untuk dijangka apa yang berada di fikirannya.
Sungguh!
All Right Reserved By Ally