Dia gembira, apatah lagi bahagia. Setiap saat, pasti sahaja bibirnya mengukir senyuman apabila terkenangkan jalan hidupnya sendiri. Semuanya kerana si dia yang hadir memberi erti cinta yang selama ini tidak pernah difahaminya. Setiap jalan yang berliku kini dia berani hadapi atas semangat yang si dia beri. Sehari demi sehari, seminggu demi seminggu, sebulan demi sebulan. Kini, dia yang dahulunya sentiasa ceria berubah menjadi pendiam. Dia yang dahulunya sering mengukir senyum, berubah menjadi insan yang dingin. Dia serik. Dia sakit. Dia luka, namun tidak berdarah. Pedihnya masih terasa walau cuma ilusi semata- mata. Meskipun begitu, seiring waktu berlalu. Dia terpaksa hadap dunia yang penuh penipuan ini.