


![𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂]](https://img.wattpad.com/cover/363391263-256-k396510.jpg)






[ Forever Series II - stand alone, preview purposes ] "Apa sebenarnya yang kau suka pada aku ni?" Soalan itu sepatutnya mudah dijawab. Namun Elana sendiri tidak pernah tahu bagaimana mahu menerangkan kenapa, daripada begitu ramai manusia yang pernah hadir dalam hidupnya. Hatinya memilih seorang lelaki yang tidak pandai berkata-kata. "Kalau nanti I jumpa dengan Dia, I akan tanya soalan yang sama." - ELANA "Apa?" - MUHAMMAD "Kenapa Muhammad." - ELANA Barangkali cinta memang begitu. Ia hadir dalam bentuk yang tidak pernah disangka. Dan hilang dalam cara yang tidak pernah terbayang. Tetapi, bagaimana mahu belajar berusaha jika semuanya akan dapat dalam sekelip mata? Dan mana manusia hendak belajar bersyukur jika nikmat sering didusta? Terkadang, kita menganggap kehilangan sebagai pengakhiran, sedangkan mungkin itu hanyalah cara Tuhan sedang mengubah arah cerita.
Más detalles