Agensi Fakehope, Mereka ialah agensi rahsia yang menyediakan perkhidmatan untuk memberi pengharapan palsu bagi memusnahkan kehidupan dan mental seseorang. Semua yang bekerja sebagai 'Talent' di bawah agensi ini telah terlatih untuk melakukan segalanya bagi memusnahkan perasaan dan mental seseorang yang pelanggan mereka mahukan. Dia tak pernah berharap bahawa dia akan berharap sepenuhnya kepada seorang lelaki yang rupa-rupanya bukan miliknya. Lelaki itu bagi dia pengharapan sepenuhnya sehingga dia percaya bahawa dia ialah 'DIA' yang dicari. Namun apabila tiba di satu fasa. Lelaki itu mula menyakiti dia. Mental dia tidak stabil, keadaan dia tidak seperti dulu. Semuanya berubah seperti ini bukan dunia yang dia mahukan. Lelaki itu mengubah dia menjadi lebih teruk dari keadaan dia sebelum mengenali lelaki itu. "Turn it off." - Unknown Seorang lelaki yang dia tidak kenali datang kepadanya dan menawarkan dirinya untuk terlibat dengan satu agensi rahsia. Lelaki misteri itu mengajarnya tentang sesuatu yang dia tidak sangka bakal mengubah seluruh hidupnya dengan sangat baik. "Dia dah buat kau hilang dunia sebenar kau. Balas balik dan kau lesapkan dia dari dunia ni." "Kalau orang kata kau teruk. Maka tunjukkan kat dia orang yang kau memang lagi teruk yang dari dia orang katakan." "Kau tak perlu ubah untuk dapat kehidupan yang lebih sempurna. Kau cuma perlu asah apa yang mereka kata dalam diri kau dengan lebih mendalam." "Balas balik dengan cara yang mereka tuduh kau." "Sertai kami. Kami tak menerima sebarang perasaan gembira di sini. Kami hanya menerima kesakitan seseorang sahaja untuk lulus di agensi ini." "Dan keadaan kau sekarang telah menunjukkan yang kau layak bersama kami."All Rights Reserved