Rahiil Adzra mempunyai 10 kriteria pemilihan jodoh. Bagi Rahiil, senyuman senget merupakan kriteria utama. Tak kisahlah kalau tidak penuhi 9 kriteria yang lain. Asalkan senyum senget!
Oleh sebab itu, Rahiil Adzra memilih tajuk, CINTA SI MAMAT SENYUM SENGET sebagai tajuk artikel untuk majalah Kosmo terbitan hujang bulan tersebut. Rahiil ingat, mahu menjadikan Anuar Zain sebagai subjek untuk bahan artikelnya. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra.
"Maafkan saya Cik Rahiil, saya tak berminat untuk dijadikan subjek dalam majalah ini. Apa lagi, topiknya tak bersesuaian dengan saya. Cinta? Saya tak ada masa untuk itu. Terima kasih."- Fuad Hawwaz
Nasib seperti menyebelahinya, Izzat Faris yang diperkenalkan oleh mumnya, merupakan kawan baik kepada Fuad Hawwaz. Namun, ada bayaran yang terpaksa Rahiil Adzra korbankan. Kalau tidak, Izzat Faris tidak mahu membantu.
"Kenapa tak kunci pintu? Kalau orang culik cinta hati Abang Izzat macam mana?"- Izzat Faris
Bayarannya ialah menjadi cinta hati palsu Izzat Faris. Bukan saja palsu di mata mum Rahiil dan Datin Farah, tetapi di depan semua orang. Apakah maksud Izzat Faris? Adakah dia benar-benar jatuh cinta pada Rahiil?
Gara-gara amaran dan ugutan Fuaz Hawwaz, Rahiil Adzra mula jatuh cinta. Tetapi, benarkah Rahiil Adzra jatuh cinta kerana senyuman senget itu atau kerana takutkan ugutan Fuaz Harraz?
"Kalau untuk mendapatkan berita, memaksa awak untuk bercinta dengan dia, buatlah dia sampai jatuh cinta dengan awak. Kalau tidak, awak jatuh ke advertising."- Fuaz Harraz
Kerana The Devil, Rahiil berdepan dengan dua pilihan. Antara The Dashing dan The Devoted. Siapalah agaknya yang layak memiliki sijil hati The Diva dan memenuhi kriterianya? Hakikatnya, Tuhan hanya memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tuhan Yang Maha Adil.
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.