PERCAYA KAMU

PERCAYA KAMU

  • WpView
    LECTURAS 10
  • WpVote
    Votos 0
  • WpPart
    Partes 3
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación sáb, abr 29, 2023
WpInfo
Ficción
Romance
Arkadewi Ayyara seorang gadis yang amat sukar menemui cinta hatinya. Sering berasa jemu dengan pasangan yang berdampingan dengannya. Ada sahaja yang tidak kena membuatkan dia menolak cinta pasangannya itu. Pertemuan yang tidak disangka dengan Keenan di dalam sebuah kursus membuatkan hatinya terpaut. Sikap Keenan yang begitu menghiburkan mencengkam sanubari Arkadewi Ayyara sehingga dia sukar untuk lelaki itu. Namun, ketika dia benar-benar jatuh cinta, Keenan pula bermain tarik tali. Bukannya Keenan tidak sayang dengan Arkadewi Ayyara , namun ada yang menghalang dirinya untuk terus bersama dengan gadis itu. Sikap Keenan membuatkan Arkadewi Ayyara tertekan. Sakit benar hatinya dengan sikap lelaki itu. Kenapa cinta yang hadir begitu sukar untuk diraih kebahagiaan? Apakah sebenarnya yang disembunyikan Keenan ? "Saya tak rela bersuamikan lelaki yang mudah menyerahkan cinta pada orang lain. Saya tak rela bersuamikan lelaki yang ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Ngerti!" - ARKADEWI AYYARA "Kata orang, perempuan yang suka mengelak apabila berbicara tentang cinta bermakna perempuan tu dah pun jatuh cinta dengan lelaki tu, cuma dia tak nak dedahkan isi hatinya aje. Betul ke?" - KEENAN "Antara ramai orang, kau yang terpilih untuk berhadapan dengan ujian cinta yang cukup menyakitkan ni. Walau apa pun pengalaman cinta yang kau lalui, kau tak harus menyalahkan takdir" - KEEYARA SALENDRA
Todos los derechos reservados
#1
bestbookever
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • SALAHKAN AKU
  • 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐢𝐬𝐚
  • PELUANG BAHAGIA (TERBIT PBAKL25)
  • 🔞Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq
  • ONCE AGAIN BY T. NOIRE
  • THB [Treat Her Better]
  • AKHTAR [C]

Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido